Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat Kanak-kanak Arc baru dibuka di Whampoa untuk pesakit kronik kanak-kanak

Sep 07, 2019 | 05:22 PM



SEBAGAI seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang mengalami leukaemia, Damien tidak dibenarkan ke kawasan sesak seperti pusat beli belah atau pra-sekolah. Namun, beliau mempunyai rakan seperti kanak-kanak lain.


Sejak Februari, Damien telah menghadiri Pusat Kanak-Kanak Arc di waktu pagi dari Isnin hingga Jumaat, dengan pengesahan dari doktornya.


Beliau mempunyai ramai teman di sana dan dapat mempelajari bagaimana untuk melakukan yoga.


Ini memberikan Damien dan ibu bapanya sokongan emosi dan sosial yang diperlukan untuk menghadapi penyakitnya, menurut ibunya Rebecca Sit.


“Ia seperti kumpulan sokongan. Kanak-kanak ini semuanya sedang melalui perkara yang sama, dan saya dan suami saya juga dapat bertemu dengan ibu bapa lain,” kata ibunya yang berusia 37 tahun.


“Ia juga memberikan saya peluang berehat selepas menjaganya selama tujuh bulan semasa beliau menjalani rawatan kemoterapi, di mana nak aturkan masa untuk gunting rambut juga sukar.

“Tapi bila Damien ke Arc, saya tahu beliau berada dalam persekitaran yang selamat,” katanya.


Pusat Kanak-Kanak Arc, yang telah berpindah ke kawasan barunya di 77 Lorong Limau berdekatan Whampoa Julai lalu, merupakan pusat penjagaan waktu siang amal yang dibentuk untuk kanak-kanak yang mengalami barah atau penyakit kronik lain.


Premis baru itu dibuka secara rasmi hari ini oleh patronnya, Cik Tan Choo Leng, isteri kepada Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong, dalam satu majlis yang dihadiri penderma, sukarelawan, kanak-kanak dan juga ibu bapa mereka.


Berbanding premis lama seluas 2,200 kaki persegi di Kim Keat Road, keluasan pusat baru itu lebih dua kali ganda iaitu 5,000 kaki persegi.


Antara prasarana yang disediakan termasuk bilik deria untuk kanak-kanak berehat selepas makan dan kawasan bermain dengan papan lungsur dan dinding untuk dipanjat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >