Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat kaunseling tawar khidmat menyeluruh bagi mangsa keganasan

Oct 11, 2021 | 05:30 AM



DI pusat pakar keganasan keluarga Pave, kaunseling diberikan bukan hanya kepada mangsa keganasan keluarga tetapi juga kepada penganiaya.



Ia sebahagian daripada perkhidmatan yang ditawarkan kepada individu dan keluarga yang telah mengalami keganasan.



Mangsa keganasan keluarga, orang yang menganiaya dan kanak-kanak yang terdedah semuanya didampingi bagi menangani keprihatinan keselamatan, memulakan usaha ke arah menghentikan keganasan dan pulih daripada pengalaman penuh trauma yang telah dilalui, kata pengarah eksekutif Pave, Dr Sudha Nair, dalam wawancara dengan Berita Harian baru-baru ini.



Setelah program keganasan itu selesai, program keibubapaan, perkahwinan dan keluarga ditawarkan untuk memberi campur tangan yang lebih menyeluruh.



Pave juga membantu mangsa yang memerlukan perintah perlindungan peribadi (PPO) membuat permohonan di sistem dalam talian Mahkamah Keadilan Keluarga.



Menurut Dr Nair, keganasan keluarga merujuk kepada corak tingkah laku yang menyakitkan dalam hubungan keluarga yang digunakan untuk meraih dan mengekalkan kuasa serta kawalan ke atas ahli keluarga atau pasangan intim.



Pave menerima 3,140 kes sedemikian tahun lalu, naik daripada 2,184 kes dua tahun lalu.



Peningkatan itu kerana lebih ramai orang sedar tentang cara mendapatkan bantuan, dan karyawan seperti polis, hospital dan sekolah semakin merujuk kes - bukti kesedaran yang kian meluas, kata Dr Nair.



Bagi tempoh 1 April 2020 hingga 31 Mac lalu, 18.5 peratus kes dirujuk oleh ahli keluarga, rakan-rakan, pasangan atau jiran, berbanding 12.5 peratus bagi tempoh setahun sebelum itu.



Dalam tempoh sama, sebanyak 8.4 peratus kes dirujuk oleh polis dan lagi 8.3 peratus oleh sistem perubatan.



Apabila mangsa yang dianiaya menelefon talian Pave, keselamatan mereka dan anak-anak segera diambil kira dan mangsa diberitahu tentang pilihan yang ada untuk mereka ambil seperti perlindungan undang-undang, khidmat sokongan seperti kaunseling, dan berpindah ke tempat selamat seperti rumah tumpangan.



Kaunseling kemudian dimulakan, dan seluruh keluarga ditawar bantuan jika mangsa merasa selamat untuk menghubungi penganiaya.



Kanak-kanak yang terkesan oleh keganasan itu diberi rawatan trauma.



"Bagi mangsa yang menerima perintah kaunseling, mereka diberi peluang memahami trauma yang telah mereka lalui dan mengawal kehidupan mereka sedang mereka mengorak langkah ke hadapan. Apabila terdapat peluang untuk memperbaiki hubungan antara pasangan, dan antara mereka dengan anak-anak, ia turut ditawarkan. Perintah kaunseling membantu bukan hanya individu itu tetapi seluruh keluarga," kata Dr Nair.



Di kalangan penganiaya yang diarah mengikuti kaunseling, kebanyakan menyelesaikannya tetapi sekitar 10 peratus enggan mengambil bahagian.



Menurut laman web Pave, tanggungjawab menghentikan penganiayaan terletak dalam tangan mereka yang menggunakan kekerasan.



Ia berkata karyawan terlatih akan bekerjasama dengan penganiaya untuk membangunkan cara alternatif bagi meluahkan diri mereka tetapi pada masa sama memastikan ahli keluarga mereka selamat.




"Bagi mangsa yang menerima perintah kaunseling, mereka diberi peluang memahami trauma yang telah mereka lalui dan mengawal kehidupan mereka sedang mereka mengorak langkah ke hadapan. ...Perintah kaunseling membantu bukan hanya individu itu tetapi seluruh keluarga."
- Pengarah eksekutif Pave, Dr Sudha Nair.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >