Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat kecergasan di Kelab Masyarakat Nanyang antara lokasi kunjungan kes Covid-19: MOH

Oct 28, 2020 | 11:26 PM



PUSAT kecergasan Anytime Fitness Jurong West di Kelab Masyarakat Nanyang adalah antara tempat yang disenaraikan Kementerian Kesihatan (MOH) sebagai lokasi kunjungan kes jangkitan Covid-19.



Dalam kenyataan pada Rabu malam (28 Oktober), MOH menjelaskan pusat kecergasan tersebut dikunjungi kes koronavirus pada 14, 15, 16, 18, 19 dan 20 Oktober lalu.



Mereka yang dikenal pasti sebagai kontak dekat kes ini sudah pun dimaklumkan MOH.



Sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang berada di lokasi berkenaan sewaktu masa yang tertera harus mengawasi kesihatan mereka selama 14 hari dari tarikh kunjungan. 



Mereka juga perlu bertemu dengan doktor segera jika terdapat tanda jangkitan pernafasan akut seperti batuk, sakit tekak dan selesema mahupun demam dan hilang deria rasa atau hidu.



Mereka kemudian dinasihati agar memberitahu doktor tentang sejarah pendedahan mereka pada jangkitan virus ini.



Individu boleh juga menggunakan khidmat pemeriksaan sendiri bagi padanan lokasi SafeEntry menerusi aplikasi TraceTogether, SingPass Mobile atau laman https:/wereyouthere.safeentry.gov.sg.



Namun, tambah MOH, orang ramai tidak perlu mengelakkan tempat-tempat yang dikunjungi kes Covid-19 itu, memandangkan Agensi Sekitaran Nasional (NEA) telah menghubungi pihak pengurusan lokasi terjejas supaya membersihkan dan menyahjangkitkan tempat tersebut.



Sementara itu, sebanyak tujuh kes import jangkitan Covid-19 baru dikesan MOH pada Rabu (28 Oktober). 



Salah seorang daripada mereka adalah Penduduk Tetap (PR) yang baru pulang ke Singapura dari Belgium.



Baki enam yang lain bertugas di Singapura. Salah seorang daripada mereka pemegang pas kerja dengan sejarah perjalanan dari Switzerland.



Lima kes pula adalah pemegang permit kerja dari Myanmar dan Filipina.



Kesemuanya sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura.



Mereka diuji positif Covid-19 sewaktu menjalani SHN.



Tiada kes masyarakat atau dormitori dikesan.



Manakala tujuh kes sudah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.



Sebanyak 40 kes pula masih dirawat di hospital dengan kebanyakannya berada dalam keadaan mantap atau kian pulih.



 



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >