Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat Kerjasama Kemboja-S'pura di Phnom Penh dirasmi

Aug 03, 2022 | 05:30 AM



PUSAT Kerjasama Kemboja-Singapura (CSCC) di Phnom Penh, sebuah wadah bersepadu bagi Singapura untuk menyelaras dan menyampaikan bantuan pembangunan kepada pegawai Kemboja, dibuka secara rasmi oleh Menteri Ehwal Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan, dan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Ehwal Luar dan Kerjasama Antarabangsa Kemboja, Encik Prak Sokhonn semalam.



Ia merupakan sebahagian usaha Singapura untuk meluaskan kerjasama teknikal bersama Kemboja, sempena ulang tahun ke-30 Program Kerjasama Singapura (SCP) tahun ini.



Tahun ini juga merupakan tahun ke-20 Singapura dan Kemboja bekerjasama di bawah Inisiatif Integrasi Asean (IAI), yang bertujuan merapatkan jurang pembangunan Asean dengan negara-negara anggota yang baru termasuk Kemboja.



Dalam ucapannya di majlis pembukaan rasmi pusat tersebut, Dr Vivian berkongsi lebih 10,700 pegawai pemerintah Kemboja telah menyertai kursus IAI dan lebih 16,600 telah mengambil bahagian dalam kursus SCP.



"Hari ini, kedua-dua negara kita menikmati hubungan baik antara rakyat, menikmati pelaburan serta perdagangan yang meningkat, juga bekerjasama rapat bagi pembangunan sumber manusia," ujar Dr Vivian.



CSCC, yang mula operasinya pada Julai 2018, telah menjalankan sebanyak 76 kursus latihan IAI yang merangkumi pelbagai topik, termasuk menggunakan teknologi dan inovasi untuk mempromosikan keselamatan serta jaminan makanan, selain berkongsi amalan terbaik bagi inovasi serta tadbir urus dan dasar awam.



Dr Vivian akui bahawa beberapa tahun lalu amat mencabar, tetapi Singapura dan Kemboja telah mengharungi krisis Covid-19 bersama dan lebih yakin tentang sokongan bagi satu sama lain.



"Saya masih ingat apabila kami berjumpa di sini enam bulan lalu, kami bersetuju untuk meluaskan kerjasama dua hala, lebih-lebih lagi dalam bidang baru seperti pembangunan prasarana, teknologi kewangan dan ekonomi digital. Saya di sini ingin mengatakan kami kekal komited untuk menyokong Kemboja," katanya.



Beliau ingin melihat lebih ramai pegawai Kemboja kembali ke CSCC secara fizikal untuk kursus IAI dan program CSCC yang lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >