Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat kuarantin baru bagi kucing, anjing dibuka

Nov 27, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH pusat baru telah dibuka di Jalan Lekar berdekatan Old Choa Chu Kang Road untuk mengkuarantin kucing dan anjing yang baru tiba di Singapura bagi mengelak penularan penyakit yang berpunca daripada haiwan-haiwan itu.



Pusat Kuarantin Haiwan yang dikendalikan Khidmat Haiwan dan Veterinar (AVS) Lembaga Taman Negara (NParks) itu dirasmikan semalam oleh Menteri Negara (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How.



Pusat tersebut merupakan komponen penting dalam usaha pemantauan bio AVS untuk menghalang penyakit berkaitan haiwan merebak di Singapura.



Dalam ucapannya, Encik Tan berkata: "Penyakit haiwan menimbulkan ancaman serius kepada kesihatan awam.



"Kami telah meletakkan langkah-langkah keselamatan bio dan pemantauan bio yang teguh untuk mengesan penyakit berjangkit bawaan haiwan agar menghalangnya daripada merebak di Singapura.



"Pusat Kuarantin Haiwan yang berfungsi sebagai kemudahan utama untuk kuarantin kucing dan anjing yang tiba di Singapura memainkan peranan penting dalam usaha ini."



Teknologi dan alat digital juga akan digunakan untuk meningkatkan strategi pengawasan bio di sana.



Dalam kenyataan yang dikeluarkan, AVS berkata, teknologi yang boleh mengesan patogen dalam persekitaran kandang anjing dan kucing telah dipasang, dan sampel udara akan kerap dilakukan untuk mengenal pasti dengan cepat kehadiran penyakit pernafasan yang merebak dengan cepat melalui udara, seperti influenza anjing dan kucing.



AVS juga akan menggunakan penanda kolar pintar bagi haiwan yang layak menjalani kuarantin di rumah.



Selain itu, pusat baru itu juga memudahkan proses kuarantin bagi kedua-dua haiwan dan pemilik mereka dengan membolehkan pemilik berjalan-jalan dan bersenam dengan haiwan mereka di dalam kawasan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >