Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat latihan bagi staf penjagaan masyarakat ditubuh

Sep 08, 2018 | 05:30 AM



SEBUAH pusat latihan baru bagi pekerja penjagaan kemasyarakatan telah dilancarkan di Hospital Kwong Wai Shiu semalam.



Kursus latihan tersebut juga boleh dimanfaatkan kepada orang ramai, selain kakitangan hospital tersebut.



Dipanggil Institut Latihan Masyarakat, pusat yang terletak di Serangoon Road itu menawarkan 22 kursus termasuk kejururawatan, pemulihan dan kemahiran pengurusan, lapor The Straits Times.



Kursus tersebut akan dijalankan dari November hingga akhir tahun ini selama sehari hingga dua hari dengan kos kursus berharga antara $20 hingga $500.



Kursus-kursus itu adalah hasil kerjasama dengan badan-badan pelbagai industri, termasuk politeknik, Persatuan Penyakit Alzheimer (ADA), HCA Hospice Care serta institusi latihan swasta.



Lebih banyak kursus mengenai kesihatan mental dan kemahiran pengurusan pula akan diperkenalkan tahun depan.



Hospital tersebut dan Institut Pembelajaran Orang Dewasa (IAL), telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) semalam.



IAL merupakan institut di bawah naungan SkillsFuture Singapura bagi melanjutkan pelajaran dan latihan.



MOU berkenaan akan menyaksikan IAL mengadakan latihan bagi pelatih dari Institut Latihan Masyarakat itu dan membantu mereka menghasilkan bahan-bahan kursus.



Ketua Eksekutif Hospital Kwong Wai Shiu, Dr Ow Chee Chung, berkata bahawa ada kelebihan mempunyai sebuah institut latihan dalam sebuah institusi penjagaan kesihatan.



Antaranya ialah ia dapat menyediakan latihan amali di samping latihan teori.



"Saat ini, ada banyak penyedia latihan yang baik, tetapi tidak ada wadah khusus (untuk sektor penjagaan masyarakat)," ujar beliau.



"Dan kerana Hospital Kwong Wai Shiu mempunyai kebanyakan perkhidmatan yang diperlukan dalam sektor ini, kami mempunyai idea yang baik tentang jurang yang ada dalam latihan," tambahnya.



Dr Ow berkata hospital itu ingin mencapai status Pusat Latihan yang Diluluskan (Approved Training Organisation atau ATO) dalam masa dua hingga tiga tahun akan datang.



Ini bagi menyediakan kursus Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja (WSQ) untuk pekerja penjagaan masyarakat.



Cik Amy Wan, 43 tahun, pembantu terapi di hospital berkenaan berkata beliau telah meraih manfaat daripada latihan dalaman (in-house) yang disertainya tahun lalu.



Beliau juga berharap agar mendapat peluang terus mempelajari kemahiran baru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >