PUSAT Taktikal Home Team (HTTC) yang dilancar semalam menyediakan prasarana yang membolehkan agensi berlainan di dalam Home Team menjalankan latihan bersama yang realistik dan secara lebih kerap.
HTTC, yang terletak di Mandai Quarry Road, akan menyatukan kemudahan latihan baru dan dipertingkat bagi Komand Operasi Khas (SOC), Pasukan Bantuan Bencana dan Menyelamat (Dart), Pasukan Bahan Berbahaya (HazMat) dan unit lain.