Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pusat Makan Telok Blangah Drive ditutup setelah pegerai dijangkiti Covid-19

Jun 15, 2021 | 11:52 PM

PUSAT makan di Blok 79 Telok Blangah Drive telah ditutup bagi kerja-kerja pembersihan setelah seorang pegerai di sana diuji positif Covid-19.

Kementerian Kesihatan (MOH) semalam berkata, seorang lelaki warga Singapura berusia 42 tahun yang merupakan pegerai di pusat makanan tersebut telah mengalami sengal-sengal pada 12 Jun dan demam pada 13 Jun lalu.

Beliau mendapatkan rawatan di Hospital Besar Singapura (SGH) dan kemudian diuji positif Covid-19.

Beliau merupakan anggota keluarga satu lagi kes Covid-19, pembantu tukang masak di Pasar & Pusat Makan 115 Bukit Merah View yang didapati positif Covid-19 pada 13 Jun.

Penutupan Pusat Makan Telok Blangah Drive itu diumumkan Anggota Parlimen GRC West Coast Rachel Ong di Facebook pada Selasa (15 Jun), lapor The Straits Times.

Cik Ong berkata Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) telah bekerjasama dengan Persatuan Penjaga Gerai & Pegerai Telok Blangah untuk membantu mereka dengan sebarang masalah dan pertanyaan yang ada.

Majlis bandaran juga telah meletakkan notis tentang penutupan pusat makan tersebut.

"Keselamatan penduduk dan pegerai merupakan keutamaan kami dan kami akan terus berusaha memastikan semua langkah berjaga-jaga diambil.

"Kami menggalakkan semua penduduk mengawasi kesihatan mereka dan berjumpa doktor jika rasa kurang sihat," tulis Cik Ong dalam kiriman Facebooknya itu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3