Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat Makanan Seah Im ditutup sementara bagi kerja peningkatan

Jul 06, 2022 | 05:30 AM



PUSAT Makanan Seah Im (SIFC), yang popular dalam kalangan warga Singapura yang bekerja di kawasan Harbourfront, akan ditutup selama enam bulan mulai September ini bagi kerja-kerja peningkatan.



Kali terakhir dinaik taraf pada 2001, para pengunjung boleh jangkakan tempat makan dengan sekitaran lebih selesa apabila SIFC, yang diuruskan Penguasa Tanah Singapura (SLA), dibuka semula pada Mac tahun depan.



Kerja peningkatan itu akan melibatkan penggantian meja dan tempat duduk, pembaikan kepada sistem peraliran, peningkatan pada tandasnya dan kerja-kerja pembaikan lain.



SIFC, yang mengambil namanya berdasarkan Seah Im Road, dibina pada 1983 oleh Penguasa Pelabuhan Singapura (PSA) dan dikembalikan kepada negara apabila PSA diperbadankan pada 1997.



Pada masa ini pusat makanan itu diselenggara dan diuruskan agen pengurusan SLA, Knight Frank Property Asset Management Pte Ltd (KPFAM).



Pusat makanan itu mempunyai 44 gerai makanan dan minuman dan 16 gerai bukan makanan.



SLA telah melibatkan para pegerai sejak Oktober 2020 untuk memberitahu mereka tentang kerja-kerja peningkatan SIFC yang akan datang dan menawarkan bantuan jika perlu semasa fasa renovasi berlangsung.



Notis awal membenarkan para pegerai menguruskan pelan kesinambungan perniagaan apabila SIFC ditutup sementara bagi peningkatan,



Para pegerai juga boleh menghubungi KPFAM atau SLA sekiranya mereka mempunyai sebarang pertanyaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >