Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat Memandu Bukit Batok izin penduduk Bukit Merah View sudah divaksin sambung latihan

Jun 30, 2021 | 05:30 AM



PENDUDUK tinggal di kawasan Bukit Merah View boleh menghadiri semula kelas memandu di Pusat Memandu Bukit Batok (BBDC) mulai semalam, jika mereka sudah menerima vaksin Covid-19 sepenuhnya.



Maklumat terkini daripada pusat itu diterbitkan di laman webnya kelmarin, selepas ia melarang pelanggan yang tinggal di kawasan Bukit Merah View memasuki premisnya sebelum ini, lapor akhbar The Straits Times (ST).



BBDC mengumumkan Jumaat lalu bahawa memandangkan terdapat "kelompok aktif jangkitan" Covid-19 di Bukit Merah, pelajar tinggal di kawasan itu diminta membatalkan tempahan latihan memandu mereka yang sedia ada dengan serta-merta.



Wang mereka tidak akan dikembalikan jika mereka dilarang masuk pusat itu.



Butiran selanjutnya daripada pusat itu pula berkata ia memberi layanan seimbang bagi semua pelanggan tidak kira tempat tinggal mereka.



"Langkah itu diterapkan hanya sementara dan adalah sebahagian tanggungjawab sosial kami untuk melindungi kepentingan masyarakat dengan mengurangkan penularan virus itu," katanya.



Ia juga berkata wang pelanggan yang telah membatalkan kelas yang akan berlangsung dalam beberapa hari ini akan dikembalikan sepenuhnya ke akaun BBDC mereka.



BBDC mengambil perhatian bahawa kelompok jangkitan Bukit Merah View telah stabil dalam dua hari sebelum ini.



Sehingga kelmarin dilaporkan bahawa 91 kes berpunca daripada kelompok itu.



Justeru, pelanggan yang sudah divaksinasi sepenuhnya akan dapat meneruskan kelas mereka tetapi mereka perlu menunjukkan bukti vakasinasi mereka sebelum memasuki pusat memandu itu.



BBDC juga berkata ia akan menyemak langkah pengurusan selamatnya daripada masa ke masa dan akan memuat naik maklumat terkini di laman webnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >