RASA riang terpancar di wajah sekumpulan kanak-kanak kecil sedang mereka sibuk bermain satu permainan.
Gelagat mereka itu diperhatikan Menteri Negara (Tenaga Manusia merangkap Pembangunan Negara), Encik Zaqy Mohamad (gambar, tengah), dan Setiausaha Parlimen Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pendidikan), Cik Low Yen Ling (sebelah kiri Encik Zaqy), yang sama-sama bermain dengan mereka.
Semalam, Encik Zaqy dan Cik Low menyertai majlis pelancaran pusat satelit Mendaki yang ketujuh di Blok 813A Choa Chu Kang Avenue 7.
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mendaki, Cik Rahayu Buang.
Pusat Mendaki@Choa Chu Kang itu juga yang pertama menerapkan pendekatan Pembangunan Masyarakat Berasaskan Aset (ABCD).
Di bawah pendekatan itu, penduduk yang mempunyai kemahiran dan kepakaran boleh menyumbang bakat mereka untuk sama-sama membina masyarakat.
Sebagai contoh, seorang wanita yang mempunyai pengalaman tarian selama 15 tahun kini mengadakan kelas tarian zapin buat sekumpulan kanak-kanak di pusat itu seminggu sekali.
Pusat itu juga menawarkan beberapa khidmat dan program Mendaki buat penduduk, termasuk Program Tuisyen Kolaboratif dan kursus peningkatan kemahiran dan penempatan pekerjaan.
Laporan lanjut: Sumbang kemahiran di pusat satelit baru Mendaki di Choa Chu Kang