Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat Nexus di Kelab Masyarakat Pasir Ris Elias tempat sehenti cari kerja baru

Nov 25, 2020 | 05:30 AM



DENGAN kemerosotan ekonomi global yang dijangka akan berlarutan, Pusat Nexus yang baru dilancarkan di Kelab Masyarakat Pasir Ris Elias, kini akan menjadi pusat sehenti bagi penduduk mencari pekerjaan atau peluang bekerja dalam industri berkembang.



Pembentukan Kumpulan Kerja Sokongan Pekerjaan (PRP) baru itu merupakan sebahagian daripada usaha Pertubuhan Akar Umbi (GRO) Pasir Ris-Punggol (PRPG) untuk meningkatkan usaha membantu penduduk yang menganggur untuk mencari pekerjaan dengan lebih cepat dan mudah.



PRP di Pusat Nexus itu, yang dilancarkan semalam, diterajui oleh Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Encik Desmond Tan.



Turut hadir di pelancaran Pusat Nexus dan pameran pekerjaan semalam ialah beberapa AP GRC Pasir Ris-Punggol lain termasuk Menteri Kanan Encik Teo Chee Hean; Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Dr Janil Puthucheary; serta Encik Sharael Taha dan Cik Yeo Wan Ling.



Antara inisiatif baru yang dilancarkan termasuk meningkatkan jumlah lokasi fizikal di mana khidmat pemadanan kerja, Projek S.U.C.C.E.S.S. dapat diadakan.



Ini bagi meningkatkan kesedaran mengenai kemahiran dan pekerjaan baru dalam sektor pekerjaan yang berkembang bagi golongan Karyawan, Pengurus, Eksekutif dan Teknisyen (PMET) selain meluaskan peluang pekerjaan dengan menjangkau lebih ramai rakan industri dan majikan.



Pusat tersebut juga akan bekerjasama dengan rakan kongsi seperti Tenaga Kerja Singapura, e2i, Mendaki SENSE serta Unit Wanita dan Keluarga NTUC untuk meluaskan tawaran pekerjaan dan sokongan pekerjaan.



Mengulas mengenai pusat tersebut, Encik Sharael berkata pasukannya berharap dapat memberi tumpuan kepada memadankan pekerjaan dan peluang baru bagi pada penduduk.



"Pusat baru ini akan menjadi sebuah ekosistem bagi mereka yang sedang mencari pekerjaan atau mencari peluang baru dalam industri lain di tengah-tengah pandemik ini.



"Kami berharap dengan ini ia akan memudahkan proses bagi penduduk kami mencari pekerjaan dan mempelajari bagaimana untuk meningkatkan kemahiran yang sesuai pada masa akan datang," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >