PUSAT dialisis tertua Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) di barat Singapura kini berwajah baru, hasil sumbangan $2 juta daripada badan amal tempatan, Yayasan Lew.
Terletak di blok 326 Clementi Avenue 5, pusat yang telah diperbaharui itu kini mempunyai 30 stesen dialisis berbanding 20 sebelumnya, yang membolehkannya menerima hingga 180 pesakit seminggu.
Pusat yang ditubuhkan pada 1990 itu juga kini tidak lagi mempunyai ruang pesakit dengan sekatan, lapor The Straits Times.
Sebaliknya, ia kini mempunyai ruang yang lebih terbuka dan luas tanpa sekatan antara stesen dialisis bagi membolehkan pesakit berinteraksi antara satu sama lain semasa menjalani rawatan, dan membolehkan kakitangan memantau semua pesakit dengan lebih baik.
Semua peralatan di pusat itu juga telah diganti dengan yang baru dengan ciri digital.
Kemudahan penyimpanan pusat itu juga telah diperluas.
Mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Lew di atas sumbangannya semasa majlis pembukaan pusat itu pada Ahad (7 Mac), pengerusi NKF, Encik Arthur Lang, berkata: "Kerja peningkatan itu membolehkan penggunaan ruang yang berkesan dan aliran pesakit yang dipertingkat. Ini membolehkan penyelarasan penjagaan, keselamatan pesakit dan kepuasan pesakit yang lebih baik.
Singapura kini mempunyai sekitar 8,000 pesakit yang menjalani dialisis dengan sekitar dua pertiga daripada mereka berada di bawah jagaan NKF.
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
1/3
Tutup Kuiz
27
0
Pusat NKF tertua di barat S'pura dilengkapi peralatan baru, lebih banyak stesen dialisis, hasil sumbangan $2 juta
Mar 07, 2021 | 04:21 PM