Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat pembangunan sosial Muis jadi 'pelita' pertingkat keupayaan masjid

Nov 26, 2020 | 05:30 AM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) semalam menjenamakan semula pusat pembangunan sosialnya menjadi Pusat Pelita, dengan tumpuannya diperluas kepada usaha membina keupayaan sektor masjid, termasuk dalam membantu penerima zakat.



Ini termasuk mengadakan program baru - Inisiatif Leap - yang membolehkan sebahagian keluarga yang menerima bantuan zakat menyertai bengkel bantu diri, kursus pengurusan keluarga dan program pengayaan bagi kanak-kanak menerusi aplikasi telefon bijak.



Pusat Pelita juga telah membangunkan rangka kerja pengurusan kes untuk membimbing pegawai pembangunan sosial (SDO) dan pegawai Muis menguruskan kes yang perlu dihubungkan kepada agensi perkhidmatan sosial di peringkat nasional, kata Muis.



Ia menggariskan tiga bidang tumpuan pusat itu, iaitu membina keupayaan SDO, mempertingkat program, dan memperhalusi pengurusan kes yang dikendalikannya.



Melancarkan pusat itu semalam, Menteri Kedua Ehwal Luar merangkap Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman, berkata ia boleh berperanan mengenal pasti isu-isu sosial baru, seperti kesihatan mental, keganasan keluarga dan masalah keluarga muda berisiko tinggi.



Beliau juga menekankan peranan SDO untuk mengenal pasti skim bantuan pemerintah yang boleh dipadankan dengan keluarga memerlukan.



Dr Maliki berkata berfikir 'di luar kotak', atau secara kreatif, dalam kelaziman baru ini adalah penting.



"Pelancaran hari ini menandakan era baru... dengan fokusnya diperluas terhadap pembinaan keupayaan dan kecekapan - bukan bagi bidang pembangunan sosial sahaja, malah sektor masjid yang lebih besar.



"Dalam norma baru ini - kita perlu berfikir di luar kotak, bersikap adaptif dan memikirkan (huraian) sebelum isu timbul dalam menyediakan perkhidmatan dan program," kata beliau.



Oleh itu, Pusat Pelita akan meningkatkan lagi usahanya dalam melatih SDO di kelompok masjid dengan kemahiran dan ilmu yang diperlukan, sedang mereka berkhidmat kepada keluarga memerlukan bantuan.



Semalam, Dr Maliki turut menyertai perbincangan bersama 26 SDO mengenai pelbagai topik dalam ekosistem kerja perkhidmatan sosial masyarakat Melayu/Islam.



Penolong Pengarah Pusat Pelita, Cik Muzaiyanah Hamzah, berkata mengambil kira maklum balas SDO, pusat itu bersedia meningkatkan kerja pembangunan sosial dalam sektor masjid.



Semasa dilancarkan kali pertama pada 2017, pusat itu dikenali sebagai Pusat Pembangunan Sosial dan bertujuan merasmikan dan menaik taraf penyampaian perkhidmatan sosial dalam sektor masjid.



Sejak 2019, pusat itu telah menganjurkan 12 sesi latihan bagi 102 SDO serta pegawai daripada Muis dan masjid.



Menurut Muis, rangkaian SDO di 31 masjid di serata negara menyampaikan bantuan kewangan melalui zakat, yang menambah kepada skim bantuan peringkat nasional.



Sejak Januari 2020, bilangan keluarga yang menerima bantuan zakat bertambah 40 peratus, ujar Muis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >