Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat pemeriksaan JB buka lebih banyak kaunter sempena Tahun Baru Cina

Jan 23, 2020 | 06:23 PM



PETALING JAYA: Jabatan Imigresen Malaysia sudah membuat persiapan bagi menerima bilangan pelawat yang ramai yang akan melalui Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar di Johor sempena Tahun Baru Cina.


Ia akan memastikan semua kaunter imigresen dibuka dan tambahan kaunter disediakan, kata Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Khairul Dzaimee Daud.


Pihaknya telah mengambil beberapa langkah proaktif supaya kesesakan dapat dielakkan di kededua pusat pemeriksaan tersebut.


“Kami menjangkakan akan berlakunya kesesakan di dua pusat pemeriksaan pada 23 hingga 28 Januari.


“Oleh itu, kami mengambil bebarapa langkah memastikan semua kaunter dibuka bagi kededua pusat pemeriksaan tersebut, terutamanya bagi laluan bas, motosikal dan kereta,” tambah beliau.


Dalam satu kenyataan kelmarin, Datuk Khairul memaklumkan bahawa 12 kaunter tambahan akan disiapkan di Kompleks Sultan Abu Bakar, menjadikan jumlah kaunter keseluruhan mencapai 36.


Kaunter pemeriksaan khusus buat wanita hamil, warga emas dan yang kurang upaya juga disiapkan di kaunter tiga dan empat Bangunan Sultan Iskandar.


Kaunter serupa itu juga ditawarkan di laluan kereta Kompleks Sultan Abu Bakar.- The Star




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >