Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat pemeriksaan kesihatan terbesar di Novena tawar pelbagai khidmat

May 30, 2023 | 08:03 PM



PUSAT Pemeriksaan Kesihatan @ Novena yang baru-baru ini dibuka Fullerton Health Group (FHG) ialah salah satu kemudahan kesihatan terbesar yang menyediakan khidmat pemeriksaan kesihatan terluas di Singapura.

Ini termasuk khidmat pemeriksaan untuk penyakit seperti kencing manis, hipertensi, gangguan lipid, barah buah dada dan barah kolorektal.

Demikian diumumkan Pengarah Urusan FHG, Dr Walter Lim, semasa pelancaran rasmi Pusat Pemeriksaan Kesihatan @ Novena.

Pusat pemeriksaan itu dilancarkan secara rasmi oleh tetamu terhormat, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, di Novena Square pada 30 Mei.

Menurut Dr Lim, pusat itu juga menyediakan perkhidmatan bagi aspek kesihatan lain seperti kecergasan muskuloskeletal, tidur, kesihatan mata dan vaksinasi dewasa.

“Matlamat kami adalah untuk menangani spektrum pesakit sepenuhnya bagi mengekalkan kesihatan, mencegah perkembangan penyakit dan melindungi pesakit daripada komplikasi penyakit,” ujarnya.

Pusat itu terletak jauh dari ruang runcit di aras lima Novena Square Tower B untuk menyediakan ruang peribadi untuk semua pengunjung.

Termasuk pusat baru itu, FHG kini mempunyai sebanyak tiga pusat pemeriksaan yang terletak di bandar, dengan dua lagi pusat terletak di Ngee Ann City dan Ocean Financial Centre.

Dr Lim berkata pusat baru di Novena dibangunkan sambil mengambil kira pengalaman pengunjung dan bertujuan menyediakan suasana yang menenangkan.

Seluas 12,000 kaki persegi, pusat itu mempunyai 10 ‘suite’ dan 28 Pod Pemeriksaan Kesihatan, yang boleh menampung sehingga 20 pemeriksaan kesihatan setiap hari.

Apabila pengunjung tiba di pusat itu, mereka boleh mendaftar menggunakan telefon bimbit mereka di pod tersebut di mana kakitangan pusat tersebut akan menjalankan ujian preliminari.

Pengunjung kemudiannya akan diiringi ke pemeriksaan klinikal dan ujian terpilih yang dijalankan oleh doktor dan jururawat berpengalaman dan boleh berehat di pod mereka di antara ujian.

“Pod dan ‘suite’ tersebut merupakan hab utama pusat itu di mana kami membawa ujian kepada pengunjung, sekali gus mengurangkan pergerakan mereka di pusat itu,” tambah Dr Lim.

Pusat Novena itu juga mempunyai pelbagai kemudahan pemeriksaan kesihatan yang menyokong pelbagai jenis pakej pemeriksaan kesihatan, daripada penyiasatan asas kepada penilaian mendalam penyakit tertentu.

Selain daripada penilaian klinikal asas seperti pengukuran tekanan darah, pusat itu mampu menjalankan ujian yang meluas termasuk ujian darah dan air kencing, elektrokardiogram (ECG), spirometri dan tonometri.

Peralatan termasuk X-ray, ‘mammogram’ dan ultrabunyi juga disediakan untuk pemeriksaan radiologi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >