Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Pusat Pemeriksaan Tuas, Woodlands dijangka sesak menjelang hujung minggu Hari Vesak

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pusat Pemeriksaan Tuas, Woodlands dijangka sesak menjelang hujung minggu Hari Vesak

May 13, 2019 | 03:33 PM

MEREKA yang mempunyai rancangan ke seberang tambak hujung minggu ini sempena cuti umum Hari Vesak patut menjangkakan keadaan trafik sesak.

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA)  telah mengeluarkan nasihat untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya untuk menjangkakan kelewatan di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas bermula Jumaat (17 Mei) hingga Isnin (20 Mei).

Hari Vesak, yang disambut penganut Buddha di seluruh dunia, jatuh pada Ahad ini. Isnin berikutnya merupakan cuti umum. 

Sementara itu, ICA mengingatkan orang ramai agar tidak membawa barangan terlarang seperti bunga api, "pop pop" atau singgam.

Ia turut menggesa agar para pengguna jalan raya tidak memotong jalan sebarangan dan bekerjasama dengan pegawai pusat pemeriksaan untuk memastikan keadaan selamat bagi semua pengguna di kedua-dua pusat pemeriksaan tersebut.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3