Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat Pemeriksaan Woodlands akan diluaskan: ICA

Mar 30, 2017 | 02:03 PM



PENGUASA Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan Penguasa Tanah Singapura (SLA) hari ini mengumumkan langkah meluaskan Pusat Pemeriksaan Woodlands (WCP) yang melibatkan Pusat Bandar Lama Woodlands (OWTC), sebagai sebahagian daripada usaha untuk mempertingkat WCP.



Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan kedua-dua agensi itu, ICA menyatakan bahawa langkah ini merupakan sebahagian daripada semakan kerap terhadap proses pemeriksaan dan prasarananya.



Sejak pembukaan WCP pada 1999, jumlah pengunjung dan kenderaan telah bertambah sedang ancaman keselamatan juga turut meningkat.



WCP telah dipertingkat bagi memenuhi keperluan trafik yang bertambah dan demi memastikan pelepasan imigresen kekal terkawal.



ICA sedang menjalankan kajian kebolehlaksanaan bagi menentukan rekaan optimal untuk peluasan WCP dan kerja-kerja peningkatan dan pembangunan semula yang diperlukan.



Tapak OWTC akan membolehkan kerja-kerja peningkatan dijalankan secara progresif tanpa menjejas operasi WCP sedia ada.



Ia akan kemudiannya merangkumi WCP demi meningkatkan lagi kemampuan pelepasan dan mempertingkat keselamatan secara keseluruhannya.



Dua bidang tanah swasta dalam lingkungan OWTC, yang terletak betul-betul di bahagian timur WCP sedia ada, akan diambil pemerintah bagi membina peluasan WCP.



SLA telah mewartakan pengamalihan tanah itu bermula hari ini.



SLA akan bekerja rapat dengan pemilik dan penyewa yang terjejas dan akan membantu mereka sepanjang proses pengambilalihan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >