Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat Pemeriksaan Woodlands akan diperluas

May 27, 2022 | 05:30 AM



  • Sembilan blok HDB di Marsiling Crescent/Lane akan diperoleh

  • Bagi tingkat masa pelepasan semua jenis kenderaan, kurangkan masa perjalanan empat kali ganda

  • Tambah laluan berbilang guna untuk kereta atau motosikal

PUSAT Pemeriksaan Woodlands akan diperluaskan merangkumi kawasan yang menjangkaui Pusat Bandar Woodlands Lama bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas yang dijangka akan meningkat sebanyak 40 peratus menjelang 2050.



Rancangan itu juga bakal menyaksikan pemerolehan sembilan blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Marsiling Crescent/Lane - iaitu Blok 210 hingga Blok 218.



Mengumumkan perkara itu semalam, pihak berkuasa berkata keputusan memperluaskan Pusat Pemeriksaan Woodlands dibuat selepas menyaksikan jumlah pengguna sempadan yang memasuki Singapura kembali meningkat lebih daripada 90 peratus kepada tahap sebelum pandemik pada hujung minggu sejak ia dibuka pada 1 April lalu.



Dalam satu kenyataan bersama Penguasa Tanah Singapura (SLA) dan HDB, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata jumlah trafik dijangka kembali kepada purata harian 400,000 pengembara tidak lama lagi, dan akan terus meningkat selepas itu.



"Jika kapasiti pelepasan keseluruhan tidak ditingkatkan, masa perjalanan untuk trafik kenderaan boleh meningkat lebih daripada 60 peratus hingga 70 peratus semasa waktu sibuk menjelang 2050," kata ICA.



Rancangan awal untuk memperluaskan Pusat Pemeriksaan Woodlands telah diumumkan buat kali pertama pada 2017 yang melibatkan perolehan dua lot tanah privet di Pusat Bandar Woodlands Lama bagi membina bangunan tambahan.



Perluasan yang dirancang ketika itu hanya bagi pelepasan kenderaan muatan dan motosikal.



Namun selepas menjalankan kajian berterusan, ICA berkata rancangan terbaru itu antara lain bertujuan meningkatkan pelepasan yang merangkumi semua jenis kenderaan, termasuk kereta.



Di samping itu, peluasan ini juga akan melibatkan penambahan laluan berbilang guna atau flexi-lanes, yang membolehkan pelepasan bagi kedua-dua kereta atau motosikal, sekali gus mengurangkan masa perjalanan sebanyak empat kali ganda.



Menurut agensi-agensi itu lagi, kawasan menunggu untuk mengawal trafik di pekarangan pusat pemeriksaan juga akan disediakan bagi mengurangkan kesesakan di jalan-jalan raya sekitar pusat pemeriksaan.



Selain itu, pemeriksaan keselamatan akan dijalankan di kawasan khusus dari bahagian utama pusat pemeriksaan.



Ini bagi mengurangkan risiko keselamatan serta kerosakan berpotensi pada pembangunan berdekatan, sekiranya berlaku kejadian letupan buatan sendiri melibatkan kenderaan.



Dalam satu taklimat media di Bangunan ICA, semalam Timbalan Pesuruhjaya Operasi ICA Hsu Sin Yun berkata:



"Matlamat utama penambahbaikan Pusat Pemeriksaan Woodlands ini adalah untuk mengurangkan masa pelepasan semasa tempoh waktu sibuk dari 60 minit kepada 15 minit, sambil mengambil kira peningkatan trafik yang kami ramalkan di masa hadapan di Pusat Pemeriksaan Woodlands."



Namun begitu, beliau tidak memberikan anggaran jangka masa rancangan perluasan itu akan dimulakan.



Bagaimanapun beliau menekankan bahawa projek tersebut akan dijalankan secara bertahap-tahap dan akan mengambil masa antara 10 dengan 15 tahun.



Menurut ICA, SLA dan HDB lagi, projek memperluaskan Pusat Pemeriksaan Woodlands akan menjejas Blok 210 hingga Blok 218 Marsiling Crescent/Lane, yang merangkumi 732 flat dijual, 53 flat sewa, sebuah kios sewa, enam kedai sewa dan sebuah tempat makan yang disewakan.



Pemilik flat di Blok 212 hingga Blok 218 Marsiling Crescent/Lane akan ditawarkan faedah perumahan semula yang sama seperti yang ditawarkan di bawah Skim Pembangunan Semula Yang Terpilih Secara Berkelompok (Sers).



Mereka akan diberi pampasan berdasarkan nilai pasaran unit masing-masing pada tarikh pemerolehan.



Pemilik juga diberikan pilihan dan keutamaan untuk membeli flat baru yang akan dibina di Woodlands Street 13 dengan tempoh pajakan baru selama 99 tahun pada harga bersubsidi.



"Pemerolehan dan pembangunan semula seterusnya serta lanjutan Pusat Pemeriksaan Woodlands akan dijalankan secara progresif dan agensi-agensi akan berusaha untuk mengurangkan gangguan kepada penduduk," tambah ketiga-tiga agensi itu.




"Matlamat utama penambahbaikan Pusat Pemeriksaan Woodlands ini adalah untuk mengurangkan masa pelepasan semasa tempoh waktu sibuk dari 60 minit kepada 15 minit, sambil mengambil kira peningkatan trafik yang kami ramalkan di masa hadapan di Pusat Pemeriksaan Woodlands."
- Timbalan Pesuruhjaya Operasi ICA Hsu Sin Yun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >