Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat pendidikan keperluan khas diperluas tampung permintaan meningkat

Apr 02, 2021 | 05:30 AM



PUSAT yang menyediakan program dan khidmat pendidikan khas, Hab MIJ, telah memperluas premisnya di cawangan Changi supaya boleh menampung lebih ramai orang dewasa berkeperluan khas.



Permintaan daripada golongan ini bagi programnya telah meningkat dan ruang yang lebih besar itu membenarkannya menampung hampir dua kali ganda golongan tersebut, kata pengasas Hab MIJ Cik Faraliza Zainal.



Sebelum ini, pusat pendidikan itu mengambil ruang setingkat di bangunan Paradise@Pergas di Changi Road, yang dikongsi oleh kededua kanak-kanak dan dewasa berkeperluan khas.



Dengan peluasan ini pusat tersebut merangkumi dua tingkat di bangunan tersebut dengan ruang baru diperuntuk bagi kegunaan pelajar berusia 16 tahun dan ke atas.



Cik Faraliza berkata: "Kami memang ingin memperluas (ruang kami) kerana kami rasa sebagai warga dewasa berkeperluan khas yang sedang bekerja, anda perlu rasa kekitaan atau menjadi sebahagian daripada tempat itu.



"Dengan ruang mereka sendiri sekarang... ia membolehkan mereka untuk berasa selesa dalam melaksanakan pekerjaan mereka, kekal fokus, produktif, dan cekap," tambah beliau.



Memandangkan keperluan kanak-kanak dan dewasa berkeperluan khas berlainan, kemudahan dan alatnya juga perlu memenuhi keperluan berbeza itu, tambah Cik Faraliza.



Malah, peluasan itu juga membolehkan Hab MIJ mengadakan ruang berasingan bagi kanak-kanak berkeperluan khas berusia 12 tahun dan ke bawah untuk memenuhi syarat yang ditetapkan Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak (Ecda), ujar beliau.



Semalam, Presiden Halimah Yacob melancarkan ruang baru tersebut sempena Hari Kesedaraan Austime Sedunia.



Hab MIJ kini mengisi tingkat tiga dan empat di bangunan Paradise@Pergas.



Sewaktu kunjungannya semalam, Puan Halimah telah berinteraksi dengan kanak-kanak mahupun warga dewasa berkeperluan khas di sana.



Puan Halimah juga melihat warga dewasa berkeperluan khas melakukan pencetakan tiga dimensi (3D) dan membuat roti, menonton persembahan khas yang disampaikan peserta program dan meninjau kelas bagi kanak-kanak berkeperluan khas.



Beliau berkata di pos Facebooknya semalam bahawa mereka yang autistik mampu mempunyai banyak pencapaian dan mendapat tempat bagi diri mereka dalam masyarakat.



"Menuju ke arah masyarakat yang lebih inklusif, Singapura telah melihat kemajuan baik dalam mendakap mereka yang mempunyai autisme, tetapi kita perlu melakukan lebih untuk mendekati masyarakat dan mewujudkan peluang betul buat rakan istimewa kita untuk memaksimumkan potensi mereka," katanya sempena Hari Kesedaran Austime Sedunia yang jatuh hari ini.



Seluas 3,000 kaki persegi, ruang baru di Hab MIJ itu berjaya diperolehi kebanyakannya dari hasil sumbangan derma daripada orang ramai, kata Cik Faraliza.



Pada masa ini, ruang itu akan digunakan bagi warga dewasa yang menjalani Program Kesediaan Pekerjaan Dewasa serta di bawah Pusat Kegiatan Waktu Hari.



Hab MIJ ditubuhkan pada 2011 dengan hanya 15 pelajar tetapi kini mempunyai 300 pelajar di tiga cawangannya di Changi, Woodlands dan Jurong.



Golongan berkeperluan khas yang mendapatkan khidmatnya termasuk mereka yang mengalami autisme, kelewatan pembangunan global (GDD), gangguan hiperaktif kurang tumpuan (ADHD), disleksia, palsi serebrum dan Sindrom Down.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >