Subuh
5:50
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Pusat Penjaja dan Pasar Basah Marsiling Lane ditutup kerana kelompok Covid-19

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pusat Penjaja dan Pasar Basah Marsiling Lane ditutup kerana kelompok Covid-19

Sep 21, 2021 | 10:07 PM

KELOMPOK Covid-19 baru terbentuk di Pusat Penjaja dan Pasar Basah Marsiling Lane di Blok 20 dan 21.

Anggota Parlimen GRC Marsiling-Yew Tee, Encik Zaqy Mohamad, dalam pos Facebook pada Selasa (21 September) menjelaskan pusat penjaja dan pasar itu akan ditutup dari Selasa hingga Jumaat bagi proses pembersihan terperinci dan akan dibuka semula pada Sabtu.

Beliau yang juga Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan) memberitahu akhbar The Straits Times, terdapat 52 gerai makanan masak, 71 gerai hasil ternakan dan 31 gerai sayur-sayuran serta tujuh gerai runcit di situ.

Beliau berkata bagi membantu pengendali gerai, pasukan GRC-nya akan bekerjasama dengan majlis bandaran bagi menawarkan khidmat dan rebat bayaran penyenggaraan melebihi tujuh hari untuk menyokong mereka sewaktu penutupan pusat penjaja dan pasar itu.

Pasukan GRC Encik Zaqy juga bekerjasama rapat dengan persatuan pedagang bagi memantau situasi dan melihat jika ada daripada pengendali gerai ini memerlukan bantuan lanjutan.

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) memberitahu The Straits Times ia ketahui tentang kes Covid-19 yang dikesan dalam kalangan pengendali gerai dan pekerja di situ.

Ia menjelaskan proses pembersihan terperinci dan penyahjangkitan pusat penjaja dan pasar itu telah bermula selepas 3 petang pada Selasa.

 

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3