Dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat, pusat-pusat penjaja sekitar Singapura tidak melepaskan peluang untuk memanfaatkan teknologi bijak demi mengatasi masalah tenaga kerja serta memudahkan tugas pekerja pembersihan dan pegerai. Ciri-ciri teknologi bijak di pusat penjaja seperti sistem pengembalian dulang terpakai automatik, robot-robot yang membantu pekerja pembersihan serta cara pembayaran tanpa wang tunai semakin ketara dan kini ia mendapat sambutan yang menggalakkan. Ikuti laporan berikut.
SEKITAR 25 peratus pusat penjaja di sini akan menguatkuasakan sistem pengembalian dulang automatik (ATRS) dan khidmat cuci pinggan pusat (CDW) dalam tempoh beberapa tahun akan datang.