Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat penjaja Toa Payoh ditutup setelah pembantu gerai dikatakan kunjung KTV diuji positif Covid-19

Jul 15, 2021 | 05:12 PM



SEBUAH pusat penjaja di Blok 75 Lorong 5 Toa Payoh ditutup dan dibersihkan pada Khamis (15 Julai) setelah pembantu gerai yang didakwa mengunjungi ruang KTV hujung minggu lalu diuji positif Covid-19.



Seramai enam orang yang menggunakan alat perlindungan peribadi mengambil sekitar sejam menyembur pembasmi kuman dan mengelap meja dan kerusi di pusat penjaja yang mempunyai 36 gerai itu yang diuruskan NTUC Foodfare.



Pemberitahuan yang terdapat di sekitar pusat penjaja itu mengatakan ia akan ditutup sehingga pemberitahuan lanjut, dengan pembersihan dan pembasmian kuman akan dilakukan pada Khamis dan Jumaat, lapor The Straits Times.



Para pegerai diberitahu tentang kes positif itu sekitar 3 petang semalam dan mereka diberi masa tiga jam untuk kemas gerai masing-masing dan menjalani kuarantin selama 14 hari.



Individu-individu yang melakukan ujian swab telah mengunjungi rumah beberapa pegerai pagi ini untuk menguji mereka bagi jangkitan Covid-19. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >