Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat penuaan aktif baru di Eunos akan dimanfaat 2,500 warga emas

Sep 25, 2022 | 04:03 PM



LEBIH ramai penduduk Eunos kini boleh memanfaatkan khidmat seperti sesi runding cara peneman dan kesihatan dengan pembukaan Pusat Penuaan Aktif Tembusu.



Pusat di Eunos Crescent itu yang dikendalikan agensi khidmat sosial Perkhidmatan Sosial Sathya Sai dirasmikan pada Sabtu (24 September).



Ia akan menyediakan khidmat buat lebih 2,500 warga emas merentasi pelbagai jenis perumahan dan tahap pendapatan di kawasan itu.



Ini merupakan tambahan daripada sekitar 530 penduduk warga emas di flat sewa yang meraih khidmat berkenaan apabila ia bermula sebagai pusat kegiatan warga emas, kata pengurus pusat baru ini, Cik Felicia To.



Pusat penuaan aktif ini menawarkan lebih banyak khidmat yang dipertingkat berbanding pusat kegiatan warga emas.



Pada 2021, Kementerian Kesihatan (MOH) mengumumkan ia akan mengetepikan sekitar $180 juta untuk menambah baik pusat kegiatan warga emas di sini, mengenalkan 200 pusat penuaan aktif dan hab jagaan penuaan aktif menjelang 2024.



Cik To berkata Pusat Penuaan Aktif Tembusu akan bekerjasama dengan beberapa pertubuhan lain untuk menyediakan khidmat jagaan rumah peribadi, pembersihan rumah bagi kes penimbun serta penilaian kesihatan mental buat penduduk warga emas.



Salah satu pertubuhan ini adalah Hospital Besar Changi (CGH). Pusat ini menampung pos jururawat kemasyarakatan CGH di premisnya.



Cik To berkata pusat penuaan aktif ini menjimat masa buat penduduk warga emas kerana mereka tidak perlu kelam kabut berkunjung ke hospital bagi mendapatkan konsultasi kesihatan dan khidmat pengurusan penyakit kronik.



Sejak 2018, pos ini telah menjalankan pemeriksaan kesihatan buat lebih 130 orang dan mengenal pasti lebih 50 warga emas untuk pemantauan masyarakat dan penyelarasan jagaan.



Beberapa warga emas kemudian mendaftarkan diri untuk program penuaan aktif di pusat itu manakala yang lain menerima khidmat peneman dan sokongan pengurusan kes, jelas Perkhidmatan Sosial Sathya Sai dalam satu kenyataan media.



Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat South East, Encik Fahmi Aliman berkata dalam kunjungannya ke rumah penduduk, beliau bertemu dengan penduduk berusia yang tinggal seorang diri dan jarang menerima kunjungan keluarga atau teman.



Kegiatan yang dikendalikan pusat penuaan aktif ini boleh membantu menangani masalah pengasingan sosial dalam kalangan warga emas dan memenuhi keperluan mereka, jelas Encik Fahmi, yang juga Anggota Parlimen bagi kejiranan Geylang Serai di GRC Marine Parade.



"Ia adalah kunci buat saya kerana estet saya ini menua dan kita mempunyai banyak kes seperti ini, katanya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >