Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat penyiaran, Caldecott Hill dalam kenangan

Sekali air bah sekali pantai berubah. Prasarana penyiaran Mediacorp di Caldecott Hill telah dikosongkan untuk memberi laluan pembangunan kediaman mewah di kawasan itu. BERITA HARIAN menyusuri kenangan silam kawasan bersejarah itu.
Jan 28, 2022 | 05:30 AM



SYARIKAT hartanah dan penjagaan kesihatan Perennial Holdings merancang untuk membangunkan semula bekas tapak Pusat Penyiaran Caldecott menjadi 15 Banglo Kelas Baik (GCB), menjadikannya tapak GCB utama dengan pegangan pajakan 99 tahun pertama yang akan dilancarkan.



Menurut laporan The Business Times (BT), saiz bagi sebuah plot GCB di kawasan itu dianggarkan seluas antara 15,070 kaki persegi (sq ft) hingga 250,801 sq ft.



Meskipun begitu, plot yang lebih besar juga boleh dibahagikan pada masa hadapan untuk menempatkan lebih banyak GCB, sehingga 26 banglo secara keseluruhan.



Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) berkata plot itu perlu dijual bersama-sama dengan GCB.



Terletak di kawasan perumahan utama, Daerah 11, tapak ini boleh diakses menerusi Andrew Road, John Road dan Olive Road.



Bagaimanapun, pemilik-pemaju Perennial akan bekerjasama dengan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk meluaskan laluan kenderaan dan menambah laluan pejalan kaki serta kawasan tanaman.



Terdapat juga perancangan untuk menyediakan taman awam baru yang menghubungkan bahagian utara dan selatan estet tersebut.



Rancangan tersebut telah didedahkan oleh URA kepada penduduk di sekitar kawasan tersebut pada November tahun lalu, menurut BT menukil laporan EdgeProp pada 20 Januari lalu.



Jurucakap Perennial memberitahu BT: "Kami masih dalam fasa perancangan dan tidak bersedia untuk memberikan butiran lanjut. Kami akan menyediakan kenyataan rasmi melalui siaran akhbar pada masa yang sesuai."



Syarikat Perennial dan DP Architects telah menjemput penduduk ke sesi perkongsian mengenai rancangan pembangunan mereka.



Perennial dan pengerusinya, Encik Kuok Khoon Hong memenangi tender tapak seluas 752,000 sq ft pada Disember 2020 dengan harga $280.9 juta.



Difahamkan beliau akan mengambil plot terbesar - cukup untuk menampung 11 GCB - bagi keluarga besarnya.



Menduduki tangga ke-12 dalam senarai orang terkaya di Singapura pada 2021 oleh Forbes, Encik Kuok juga merupakan pengerusi dan ketua eksekutif syarikat minyak sawit Wilmar International.



Ketua pasaran modal CBRE Singapura, Encik Michael Tay berkata dengan tempoh pegangan Pusat Penyiaran Caldecott, harganya haruslah lebih menarik berbanding GCB pegangan bebas baru di kawasan itu.



Beliau menambah bahawa GCB pegangan bebas yang "agak baru" di kawasan kejiranan itu pernah dijual pada harga lebih $2,000 setiap kaki persegi (psf).



Pada September tahun lalu, sebuah banglo pegangan bebas seluas 10,529 sq ft di Lornie Road dijual pada harga $26.8 juta atau $2,545 psf.



Sekitar dua bulan kemudian, satu lagi kediaman seluas 5,964 sq ft di sepanjang deretan yang sama telah dijual pada harga $12 juta atau $2,005 kaki psf. Kedua-dua banglo itu masing-masing siap dibina pada 2000 dan 2017.



Di luar kawasan Caldecott, GCB juga melihat permintaan tinggi dari pembeli.



Sebuah GCB berkeluasan 14,844 sq ft di tapak pegangan bebas berhampiran Taman Bunga Singapura dijual pada harga $63.7 juta, atau memecahkan rekod $4,291 psf tahun lalu.



Pada 1937, kawasan Caldecott dinamakan Estet Bukit Caldecott dengan pembinaan rumah-rumah moden, lengkap dengan elektrik, air dan kemudahan sanitasi moden.



Ia juga menempatkan stesen penyiaran radio pertama Singapura yang dibina di Bukit Caldecott. Stesen tersebut juga pernah digunakan oleh askar Jepun semasa Perang Dunia Kedua.



Selepas perang, kawasan Estet Bukit Caldecott dijadikan estet perumahan serta menempatkan stesen penyiaran Radio-Televisyen Singapura (RTS) sebelum ia bertukar nama menjadi Perbadanan Penyiaran Singapura (SBC) pada 1980, Perbadanan Televisyen Singapura (TCS) pada 1994 hingga 2001 dan kini dikenali sebagai Mediacorp.



Pada Disember 2015, Mediacorp berpindah dari Pusat Penyiaran Caldecott ke Mediapolis di One-North.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >