Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat permainan interaktif Gedung Kuning di buka rasmi

Amazing Chambers S'pura, yang gantikan Restoran Mamanda, labur $0.5 juta untuk sediakan pengalaman unik belajar sejarah
Nov 02, 2019 | 05:30 AM



PENGENDALI baru Gedung Kuning, syarikat Amazing Chambers Singapura, semalam melancarkan perkhidmatan belajar sejarah secara interaktif dengan menggunakan teknologi Escape Room mereka secara rasmi.



Pelancaran yang diadakan secara kecil-kecilan itu dihadiri pihak media, ahli keluarga, jiran perniagaan di sekitar kawasan Masjid Sultan dan beberapa pelancong.



Pemilik Amazing Chambers Singapura, Encik Hendra Harjuna, berkata pihaknya telah membuka tempahan secara dalam talian di laman rasminya sejak pelancaran 'soft launch' awal bulan lalu.



"Kami telah mulakan operasi beberapa bilik kami sejak dari itu," ujarnya.



Isteri beliau, yang juga merupakan pemilik syarikat tersebut, Cik Nur Izzati Mohamed Yusof, pula menambah mereka telah menyambut dua pelanggan korporat selepas pelancaran 'soft launch' itu, "untuk mendapat maklum balas tentang perkhidmatan yang kami sediakan, supaya jika perlu, (kami boleh memperbaiki segala kekurangan) sebelum pelancaran rasmi kami hari ini."



Demi memastikan semua perkhidmatan yang ditawarkan sempurna, Encik Hendra mendedahkan bahawa beliau bersama pasangannya, kededuanya dalam lingkungan usia 30-an tahun, terpaksa mengeluarkan lebih banyak perbelanjaan daripada jumlah asal yang telah mereka tetapkan.



"Awalnya kami peruntukan $300,000. Namun, semakin kami menjalankan kerja-kerja ubah suai, kami terpaksa membelanjakan lebih banyak wang untuk keperluan perniagaan kami, antaranya bagi memastikan 'props', gajet dan pemasangan elektrik kami benar-benar teratur dan selamat sebelum kami membuat pelancaran rasmi.



"Justeru secara keseluruhan, kami melaburkan hampir setengah juta."



Pasangan tersebut telah membiayai sendiri kos tersebut daripada hasil perniagaan lain di bawah naungan mereka, antaranya perniagaan perdagangan, mengurus acara dan daripada perniagaan Trapped Escape Room Singapore di *SCAPE.



Bukan sahaja wang dilaburkan dalam memastikan kesempurnaan perkhidmatan yang ditawarkan, malah Amazing Chambers Singapura turut melabur masa dan tenaga untuk memastikan pengaturan gajet yang bakal digunakan berjalan lancar.



Langkah itu mengambil masa sekitar tiga bulan, tidak termasuk dua bulan yang diambil untuk kerja ubahsuai.



Namun pasangan tersebut bersyukur kerana jerih payah mereka memastikan kesempurnaan perkhidmatan belajar sejarah secara interaktif disambut baik masyarakat.



Setakat ini, sambutan yang diterima melalui tempahan dalam talian di laman rasmi mereka sangat menggalakkan, malah ada pelanggan yang membuat tempahan hingga sebulan sebelum mereka merancang ke sana.



Ditanya tentang rancangan mereka untuk memastikan perniagaan mereka boleh bertahan dan berdaya saing di Gedung Kuning buat tempoh yang lama, Encik Hendra berkata pelanggan merela terdiri daripada golongan keluarga, pelancong, syarikat pembelajaran serta syarikat korporat.



"Misalnya, setiap tahun, kami akan merancang aktiviti berkumpulan pelanggan korporat dan sekolah sebagai sebahagian daripada kegiatan 'team building' mereka.



"Dengan mengadakan kegiatan mirip 'Escape Room', hubungan persahabatan dan kerjasama antara peserta akan lebih kukuh kerana mereka perlu mencari jalan penyelesaian bersama," ujarnya.



Dengan membeza-bezakan cara memikat pelanggan, daripada membolehkan pelanggan membuat tempahan secara dalam talian, bekerja rapat dengan klien mereka dari pelbagai sektor, malah juga memanjangkan waktu perniagaan sehingga 12.30 tengah malam pada hari-hari tertentu, Encik Hendra dan Cik Izzati yakin syarikat mereka bukan sahaja dapat menarik pelanggan baru untuk mencuba pengalaman belajar sejarah secara interaktif, malah ia juga dapat memastikan aliran pelanggan yang kerap lagi rancak.



Bahkan pasangan itu percaya syarikat mereka dapat meraih kembali modal mereka dalam tempoh 20 hingga 24 bulan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >