Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat perubatan baru CGH tawar pelbagai kepakaran bawah satu bumbung

Nov 03, 2018 | 05:30 AM



PUSAT perubatan baru Hospital Besar Changi (CGH) yang menempatkan sebanyak 14 klinik dan pusat kepakaran telah dirasmikan semalam.



Pusat tersebut yang dirasmikan Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong, telah dibangunkan bagi menyediakan model baru jagaan luar yang khusus bagi pesakit, terutamanya mereka yang menghidap masalah kesihatan lebih rumit dan kronik.



Terletak di sepanjang Simei Street 3 bersebelahan bangunan utama CGH, ia menggabungkan inovasi dalam model jagaan dan pemerosesan yang mempertingkat jagaan luar yang khusus bagi para penduduk yang menua di timur Singapura.



Direka bagi memudahkan kolaborasi antara kepakaran yang berbeza dan menyediakan khidmat sehenti bagi jagaan pesakit luar yang khusus, ruang jagaan di pusat baru itu dan pemerosesannya telah direka bagi mempermudah kolaborasi tersebut, mengambil kira keupayaan kesihatan bergerak.



Dalam ucapannya, Encik Gan berkata semasa CGH mereka Pusat Perubatannya yang baru itu, ia mengambil peluang mengubah model khidmat dan pemerosesannya, dengan objektifnya agar jagaan pesakit lebih mudah dan diselaraskan.



"Ini amat penting buat pesakit tua yang biasanya mempunyai pelbagai masalah perubatan dan perlu dapatkan nasihat doktor dari kepakaran berbeza.



"Justeru satu ciri utama Pusat Perubatan ini ialah menyatukan doktor di bawah Amalan Kepakaran Berbilang (MSP).



"MSP merupakan pasukan berfungsi yang meliputi seluruh kepakaran dan disiplin jagaan kesihatan, bagi menumpukan kepada satu-satu penyakit rumit yang tertentu.



"Mereka manfaatkan protokol jagaan yang digabung dengan pesakit digolong mengikut jagaan yang sesuai bagi memenuhi keperluan mereka.



"Pusat Perubatan ini khusus direka untuk memanfaatkan kerja MSP, dengan klinik yang disatukan bagi menyelaras kerjasama antara kepakaran berbeza dan profesional jagaan kesihatan yang berkhidmat kepada setiap pesakit," katanya.



Beliau memberi contoh pakar bedah gastrointestinal dan pakar gastroenterologi ditempatkan bersama di Pusat Penyakit Penghadaman.



Khidmat Tidur Bersepadu juga ditempatkan bersama Perubatan Pernafasan, ENT, dan pasukan Perubatan Psikologi Tidur dalam kawasan yang sama.



"Pesakit dengan masalah rumit yang tertentu boleh dapatkan rujukan kepada lebih seorang pakar pada hari yang sama jika perlu.



"Menerusi usaha sebegini, MSP membantu pesakit kurangkan lawatan ke hospital, lebih bermanfaat serta diagnosis serta rawatan yang digabungkan," katanya.



Encik Gan turut memuji program Hospital-ke-Rumah (H2H) yang telah mendaftarkan lebih daripada 20,000 pesakit sejak penubuhannya pada April tahun lalu.



Pasukan HSH terdiri daripada doktor, jururawat dan profesional kesihatan bersepadu (AHP), bekerjasama dengan sukarelawan dari Program Jiran bagi Kehidupan Aktif, bagi menyokong pemindahan pesakit yang selamat dari hospital ke rumah.



Selepas pesakit lebih stabil, pasukan itu akan aturkan agar pesakit dapat terus terima jagaan daripada rakan masyarakat atau penyedia jagaan asas seperti yang diperlukan.



Sementara itu, di kawasan timur Singapura, Dr Gan berkata pihaknya akan membangunkan semula poliklinik Pasir Ris yang sedia ada.



Ini kerana pada suku ketiga 2018, Poliklinik Pasir Ris menyaksikan sekitar 856 pesakit yang datang ke sana setiap hari dan angka tersebut dijangka bertambah dalam jangka masa akan datang, berdasarkan penduduk yang kian menua.



"Justeru Kementerian Kesihatan (MOH) akan membina semula dan meluaskan Poliklinik Pasir Ris.



"Poliklinik yang dibangunkan semula itu terletak di Hab Pengangkutan Bersepadu (ITH) Pasir Ris central, bersebelahan stesen MRTnya dan akan ditempatkan bersama pusat tukaran bas bagi menambah keselesaan dan kemudahan buat penduduk Pasir Ris.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >