BUAT pertama kalinya, sebuah pusat prasekolah kendalian pertubuhan Melayu/Islam mencapai pengiktirafan Rangka Kerja Akreditasi Prasekolah Singapura (Spark).
Pusat Perkembangan Kanak-Kanak Sejagat (GCDC) kendalian Jamiyah Singapura di Woodlands menerima berita mengenai pengiktirafan itu 1 Julai lalu, menurut Pengurus Pendidikan Awal Kanak-Kanak Jamiyah yang juga pengetua GCDC, Cik Nor Jehan Mohd Salleh.