Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat prasekolah My First Skool terbesar dibuka di Punggol

Mampu tampung 1,065 kanak-kanak, bersebelahan stesen MRT Punggol
May 24, 2019 | 05:30 AM



SEBUAH dapur komersial untuk menyediakan makanan sihat, kawasan permainan di luar dan di dalam, serta alat untuk mengimbas suhu badan kanak-kanak.



Demikian antara kemudahan di Pusat Tahun-Tahun Awal (EYC) My First Skool di Punggol Drive yang dibuka rasmi semalam.



Dengan kawasan seluas lebih 8,700 meter persegi, pusat kendalian NTUC First Campus itu terletak di sebelah stesen MRT Punggol.



Pusat yang boleh menampung 1,065 kanak-kanak itu merupakan EYC My First Skool yang terbesar, dan menawarkan pendidikan prasekolah dan penjagaan kanak-kanak daripada usia dua bulan hingga empat tahun, ujar satu kenyataan NTUC First Campus semalam.



Buat masa ini, pusat itu mempunyai lebih 600 kanak-kanak.



Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng, menghadiri perasmian pusat tersebut semalam.



Menurut Encik Ng, Keusahawanan Sosial NTUC, termasuk NTUC First Campus, memainkan peranan penting dalam membantu warga Singapura menangani kos sara hidup dengan memastikan terdapat perkhidmatan dan produk yang dimampui.



"Rangkaian pusat My First Skool, yang diperluas seperti EYC ini, menyediakan keluarga Singapura dengan akses kepada pendidikan dan penjagaan kanak-kanak bermutu tinggi, memastikan semua kanak-kanak mempunyai permulaan yang baik dalam kehidupan," ujar Encik Ng.



CEO NTUC First Campus, Encik Chan Tee Seng, pula berkata kemudahan terbaru itu menawarkan ruang dan sekitaran pembelajaran lebih menarik bagi kanak-kanak.



"Selain kemudahan baru, sama penting ialah 'sofwe' - mutu guru dan kurikulum yang membezakan kami dengan yang lain," ujar Encik Chan.



Dalam kenyataannya itu lagi, NTUC First Campus berkata ia mengambil pendekatan menyeluruh dalam pendidikan awal kanak-kanak, dengan memberi penekanan terhadap kesihatan dan pemakanan, sekitaran fizikal luar dan zon pembelajaran unik di dalam.



Di bawah model EYC, kanak-kanak akan beralih ke Tadika Menteri Pendidikan (MOE) pada usia lima tahun.



Dengan EYC terbaru ini, terdapat 141 pusat My First Skool di serata Singapura.



Menjelang 2021, NTUC First Campus akan menubuhkan tiga lagi tajaka besar My First Skool di kawasan timur laut Singapura.



Ini sejajar dengan rancangan pemerintah mahu menyediakan sejumlah 200,000 tempat penjagaan harian kanak-kanak menjelang 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >