Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Pusat relawan Tampines dilancar, selaras kerjasama dengan agensi khidmat sosial

Apr 25, 2021 | 05:30 AM



BELIAU menjadi relawan kerana diberi 'kesempatan kedua' meneruskan hidup selepas dapat diselamatkan daripada satu penyakit yang boleh meragut nyawanya dua tahun lalu.



Mengongsi pengalamannya, Cik Jessie Tham, 63 tahun, menyatakan beliau menghidapi penyakit aorta (saluran besar dalam sistem nadi) sejak 2019 dan perlu menjalani pembedahan.



Namun, akibat pembedahan itu, Naib presiden divisyen kumpulan kewangan di Bank OCBC itu mengalami radang saraf tulang belakang Mei tahun lalu.



Cik Tham, yang dahulu aktif dan mengamalkan gaya hidup sihat, kemudian menjadi murung kerana keadaan kesihatannya tidak menentu, membuat beliau tidak sesihat dahulu.



"Saya memutuskan menjadi relawan untuk memperkasa minda bagi membuat kehidupan saya lebih bermakna serta memberi harapan kepada orang lain yang mungkin menghadapi masalah serupa," ujar beliau.



Cik Tham salah seorang relawan di Pusat Relawan SG Cares di Tampines yang dirasmikan semalam.



Pusat di Blok 473 Tampines Street 43 itu juga membolehkan penduduk di estet itu mendapatkan bantuan sosial dan mental.



Lebih 1,400 penduduk Tampines telah memanfaatkan program di pusat itu, yang dibuka November tahun lalu.



Pusat itu menyelaras dan bekerjasama dengan agensi perkhidmatan sosial dan akar umbi bagi memenuhi keperluan masyarakat yang berbeza.



Ia akan juga mengembangkan semangat kesukarelawanan dan membangunkan keupayaan pengurusan relawan.



Pusat itu dikendalikan oleh Brahm Centre, sebuah pertubuhan kebajikan yang fokus pada usaha memperkasa kesihatan mental dan fizikal, terutama bagi warga emas.



Sejauh ini, ia telah berjaya mendapatkan 35 agensi perkhidmatan sosial dan kumpulan masyarakat bekerjasama dengannya bagi memudahkan pembangunan ekosistem relawan di Tampines.



Berucap sewaktu majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) antara Brahm Centre dan Pejabat SG Cares, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata beliau amat mengalu-alukan kerjasama Brahm Centre dengan rakan kongsi masyarakat lain.



Sejauh ini, 14 Pusat Relawan SG Cares telah dirasmikan dan setiap 24 bandar di Singapura akan mempunyai pusat sedemikian menjelang tahun depan.



Menurut Encik Masagos, kerjasama Brahm Centre itu juga akan membantu usaha ComLink mendekati 14,000 keluarga yang mempunyai anak yang tinggal di rumah sewa.



"Dalam beberapa bulan mendatang, kami akan mendekati keluarga daripada golongan ini di Tampines, menawarkan sokongan rapat serta program yang dibentuk khusus bagi keperluan mereka," ujar Encik Masagos.



Sasaran Pusat Relawan Sg Cares di Tampines ialah bekerjasama dengan 80 pertubuhan lain menjelang Jun ini, untuk membina bersama inisiatif yang akan mempertingkat kesejahteraan masyarakat, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Brahm Centre, Profesor Madya Adjung Angie Chew.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >