Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat Sains Makanan Nasional dipilih Pusat Kerjasama WHO

Feb 09, 2021 | 05:30 AM



JABATAN Pemantauan Keselamatan dan Forensik Makanan, Pusat Sains Makanan Nasional (NCFS) telah ditetapkan sebagai Pusat Kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi Pemantauan Pencemaran Makanan di dunia dari 2020 hingga 2024.



Sebagai salah satu daripada dua pusat kerjasama WHO yang memainkan peranan itu, NCFS akan menyokong inisiatif keselamatan makanan WHO mengenai ujian dan diagnosis bahaya biologi dan kimia bawaan makanan, menurut kenyataan Agensi Makanan Singapura (SFA) semalam.



Mengulas pemilihan tersebut, Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu di Facebook berkata:



"Kerjasama seperti itu akan meningkatkan kemampuan rantau ini dalam ujian makanan, justeru menyokong jaminan keselamatan makanan yang lebih baik dari rantau ini."



Cik Fu yang telah melawat NCFS minggu lalu untuk mengetahui lebih lanjut mengenai operasi mereka berkata, sebagai cabang saintifik SFA badan tersebut menyokong program pengawalseliaan dan pemantauan SFA dengan menyediakan kemampuan pengujian dan diagnostik yang komprehensif di bidang seperti bahan cemar kimia, sisa ubat dan racun perosak dan lain-lain.



"NCFS juga melakukan kajian terperinci dan kajian penilaian risiko untuk menangani masalah keselamatan makanan.



"Ia adalah pengalaman membuka mata menyaksikan para saintis bekerja!" tambah beliau berkongsi pengalaman.



Dr Tan Lee Kim, Ketua Pengarah (Pentadbiran Makanan) dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SFA, berkata: "Peranan yang diberikan kami adalah bukti keupayaan NCFS dalam ujian dan penyelidikan makanan, yang sangat penting dalam menyokong misi untuk memastikan dan mendapatkan bekalan makanan yang selamat bagi Singapura.



"Kami sedar pentingnya kerjasama erat dengan badan antarabangsa dan agensi keselamatan makanan lain, kerana jaminan keselamatan makanan adalah objektif global.



"Kami gembira dapat menyokong WHO sebagai pusat sumber pengetahuan dan teknikal serantau."



Dr Takeshi Kasai, Pengarah Wilayah WHO untuk Pasifik Barat, pula berkata: "Sebagai sebuah agensi yang dikenali kerana menjunjung standard tinggi dalam keselamatan makanan di Singapura berdasarkan sain penilaian dan pengurusan risiko, kami anggap SFA sebagai anggota yang sangat berharga dalam rangkaian global Pusat Kerjasama WHO."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >