Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat sehenti beri sokongan mangsa gangguan dalam talian: Sim Ann

Pusat itu boleh beri sokongan kaunseling dan keyakinan terutama selepas seseorang jadi mangsa dalam talian
Jun 06, 2021 | 05:30 AM



SATU pusat sehenti bagi memberi sokongan kepada mangsa gangguan dalam talian merupakan antara huraian bagi mengurangkan bahaya selain pendedahan kepada kandungan tidak senonoh yang menyasarkan terhadap kaum Hawa dalam talian, kata Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pembangunan Negara), Cik Sim Ann.



Menurutnya, pusat itu diharap dapat memberikan sokongan dari segi kaunseling dan keyakinan terutama selepas menjadi mangsa dalam talian.



"Selalunya mangsa akan berasa bimbang, dengan ada yang terlalu muda dan tidak mempunyai keupayaan untuk mencari bantuan daripada platform yang berbeza-beza.



"Justeru menerusi perbincangan kami dengan pelbagai individu berkepentingan, mengadakan pusat sehenti merupakan saranan yang dikemukakan agar dapat menjadi yang pertama untuk menawarkan bantuan, keyakinan dan kaunseling kepada mangsa yang terlibat," ujarnya.



Pusat sehenti itu juga, menurutnya turut merangkumi pendidikan awam, termasuk pendidikan bagi ibu bapa.



Beliau berkata demikian kepada pihak media menyusuli satu dialog yang diadakan dalam talian semalam bagi mengetahui lebih lanjut pandangan warga berhubung keselamatan wanita dalam talian.



Dialog itu, yang turut dihoskan bersama Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan) Cik Rahayu Mahzam, diadakan berikutan kes tinjauan lucah dalam talian yang memperaga sekurang-kurangnya 12 ustazah sebagai objek seksual dan disenaraikan dalam satu ranking.



Hasil daripada dialog itu juga, Cik Sim Ann berkata mereka akan melakarkan strategi dan huraian bagi membentuk Pakatan Bertindak Bersama (AfA), sebagai sebahagian daripada gerakan SG Together.



Ia bertujuan menarik warga Singapura dari pelbagai kepakaran dan pengalaman untuk memperkenal strategi dalam menangani bahaya dalam talian terutama ke atas wanita dan perempuan.



Sejak Februari lalu, usaha telah dijalankan untuk mendekati mereka yang berkepentingan dari firma korporat, syarikat teknologi, pertubuhan masyarakat dan guaman.



AfA dijangka dilancarkan tahun ini.



Cik Sim Ann juga berkata bahawa jurang keselamatan digital bagi kaum Hawa perlu dirapatkan untuk mengelakkan situasi di mana wanita berasa pengalaman bekerja, belajar dan berinteraksi secara dalam talian berbeza daripada kehidupan sebenar.



"Kita tidak mahu keselamatan dalam talian berkurangan yang mungkin boleh menjejas keselamatan wanita dalam kehidupan sebenar. Kedua-dua isu ini mempunyai kaitan antara satu sama lain," katanya.



Cik Sim Ann menekankan bahawa wanita yang diganggu dalam talian mungkin tidak tahu bagaimana untuk memberikan reaksi kerana ia berbeza daripada apa yang mereka alami dalam kehidupan di luar talian.



"Ini yang akan menyebabkan para wanita rasa emosi dan bimbang.



"Kita juga tahu bahawa interaksi yang berlaku dalam talian boleh menjadi penyebab kepada bahaya di luar talian, termasuk keganasan seksual atau jenayah benci," katanya lagi.



Dialog yang diadakan semalam telah menarik penglibatan sekitar 60 warga dari pelbagai bangsa dan agama, termasuk kaum lelaki.



Cik Rahayu turut melahirkan rasa gembiranya terdapat perubahan kepada sikap, dengan adanya kaum lelaki yang sama-sama turut serta dalam dialog sebegitu.



"Saya dapat lihat perubahan minda terutama dalam kalangan kaum lelaki yang kini juga semakin vokal dan melaungkan sokongan mereka terhadap usaha ini.



"Kebanyakan daripada mereka juga merupakan bapa yang memiliki anak perempuan, dan mahu mewujudkan generasi yang berbeza," ujarnya.




"Selalunya mangsa akan berasa bimbang, dengan ada yang terlalu muda dan tidak mempunyai keupayaan untuk mencari bantuan daripada platform yang berbeza-beza.

"Justeru menerusi perbincangan kami dengan pelbagai individu berkepentingan, mengadakan pusat sehenti merupakan saranan yang dikemukakan agar dapat menjadi yang pertama untuk menawarkan bantuan, keyakinan dan kaunseling kepada mangsa yang terlibat."

- Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pembangunan Negara), Cik Sim Ann.



"Saya dapat lihat perubahan minda terutama dalam kalangan kaum lelaki yang kini juga semakin vokal dan melaungkan sokongan mereka terhadap usaha ini.

Kebanyakan daripada mereka juga merupakan bapa yang memiliki anak perempuan, dan mahu mewujudkan generasi yang berbeza."

- Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Cik Rahayu Mahzam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >