PENDUDUK di Punggol dan Sembawang boleh menikmati kemudahan di pusat sukan baru di kawasan perumahan mereka menjelang 2021.
Selain itu, orang ramai juga boleh menjangkakan pelbagai kemudahan baru.
Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Cik Grace Fu, berkata padang permainan baru juga akan dibangunkan di Yan Kit dan Jurong Lake.
Di Jurong Lake, orang ramai boleh menjangkakan kerjasama ‘sukan di taman’ dengan Lembaga Taman Negara (NParks), yang pertama di Singapura.