Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat sukarela baru di Geylang pacu usaha kerjasama, penuhi keperluan masyarakat

Feb 23, 2021 | 10:26 PM



KEPERLUAN sosial penduduk Geylang akan lebih dipenuhi dengan pelancaran pusat baru yang bertujuan membangun usaha sukarela dan menyatukan rakan kerjasama agar berusaha dan menggerakkan sumber secara bersama.



Pada Selasa (23 Februari), Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, menyaksikan acara memeterai Memorandum Persefahaman yang sekali gus membawa pada pelantikan badan amal Persatuan Khidmat Jagaan Masyarakat (CCSS) sebagai operator pusat sukarela SG Cares Volunteer Centre@Geylang.



Encik Heng ditemani Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong dan Anggota Parlimen MacPherson, Cik Tin Pei Ling.



Pusat yang terletak di 103 Lavender Street ini adalah satu daripada sekurang-kurangnya lapan pusat sukarela yang dibangunkan merata Singapura sejak 2018. Lokasi lain termasuk Jurong East, Bedok, Woodlands dan Toa Payoh.



Pejabat SG Cares, sebuah unit di bawah Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) akan menyokong CCSS dalam usahanya bekerjasama dengan rakan kerjasama masyarakat dan menyelaras sumber di Geylang, kata timbalan setiausaha MCCY, Dr Ang Hak Seng.



Beliau menambah CCSS akan berusaha membangun kumpulan sukarelawan di pusat itu, membangun keupayaan pengurusan rakan kerjasama mereka serta menjalin usahasama bagi memenuhi keperluan masyarakat.



Dalam satu lampiran pos Facebook, Encik Heng akur bahawa sedang pandemik ini menjejas kehidupan khususnya dalam kalangan mereka yang kurang berkemampuan, beliau gembira ramai individu yang tampil membantu golongan memerlukan.



"Sukarelawan CCSS, sebagai contoh, mendapati lebih sukar beroperasi dalam tempoh pandemik. (Tetapi) mereka menerima kejutan manis ramai yang tampil membantu...



"Tentunya, ini adalah semangat Singapura Bersama, di mana kita menggembleng tenaga dan sumber bagi membantu mereka yang memerlukan dalam kalangan kita," tambah Encik Heng sambil berkata Singapura harus menyatukan lebih ramai warga setempat dalam memainkan peranan lebih aktif dalam menyumbang kepada masyarakat agar tampil lebih utuh.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >