Subuh
5:32
Syuruk
6:55
Zuhur
12:58
Asar
4:21
Maghrib
6:58
Isyak
8:12
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat sumber baru bagi penjaga di Nee Soon South dibuka Feb depan

Nov 15, 2022 | 05:30 AM



PENJAGA pesakit tinggal di Nee Soon South boleh memanfaatkan sebuah pusat baru untuk mendapatkan sumber dan program yang boleh membantu mereka mulai Februari depan.



Pusat sumber itu terletak di Blok 839 Yishun Street 81. Ia diumum oleh Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, semasa sesi Lawatan Masyarakat Menteri (MCV) ke kawasan undi Nee Soon South kelmarin.



Lawatan Encik Heng dihos oleh Anggota Parlimen GRC Nee Soon, Cik Carrie Tan.



Dalam lawatannya, Encik Heng bertemu dan bercakap dengan sekumpulan tujuh penjaga, termasuk anak muda yang mempunyai ibu bapa menua serta penjaga anggota keluarga yang menghidapi demensia, kemurungan atau yang diserang angin ahmar.



Mereka sebelum itu menyertai satu perbincangan kumpulan fokus mengenai cara mereka boleh disokong dengan lebih baik.



Menurut seorang sukarelawan di Nee Soon South yang menjadi fasilitator perbincangan itu, Dr Genedine Lim, 63 tahun, penjaga berkongsi kesukaran yang mereka hadapi semasa mencari maklumat tentang subsidi dan skim sokongan.



Pusat sumber itu hasil perbincangan dan maklum balas sesi kumpulan fokus bagi penjaga, yang dijalankan sejak September 2021, tambah beliau.



Ia akan dikendalikan dengan bantuan perusahaan social SG Assist. Pengasas bersama SG Assist, Encik Adrian Tan, 36 tahun, berkata selain menyokong penjaga mengemudi perjalanan mereka, pusat itu berharap untuk menjalankan beberapa bengkel.



"Kami mahu mendapatkan pakar daripada institut pengajian tinggi yang mengkaji geronteknologi, iaitu teknologi yang memenuhi keperluan warga emas atau perkara berkaitan penjaga, ke dalam sesi perkongsian.



"Kami juga ingin mendapatkan sumber bebas, seperti menulis Surat Kuasa Berkekalan (LPA) atau wasiat," tambahnya.



Cik Tan berkata terdapat banyak keluarga tersepit dan berbilang generasi yang tinggal di Nee Soon yang antara lain memerlukan sokongan dalam penjagaan kanak-kanak dan penjagaan orang tua.



"Oleh itu, kami cuba mewujudkan program dalam masyarakat dan membina ekosistem supaya kita boleh mempunyai kapasiti lebih kukuh untuk mengurangkan tekanan dan kebimbangan generasi tersepit," katanya.



Encik Heng turut bertemu penduduk yang bersarapan di kedai kopi di Blok 848, Yishun Street 81 dan melawat pameran mengenai inisiatif kemampanan di kawasan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >