Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat tahun awal PCF di Teck Ghee dirasmi

Khidmat jagaan bayi, kanak-kanak sepenuh hari penuhi permintaan semakin meningkat
PCF
Jul 24, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH pusat PCF Sparkletots yang menyediakan khidmat bagi jagaan bayi dan kanak-kanak dibuka di Ang Mo Kio semalam.



Pusat tahun awal (EYC) itu dibuka demi memenuhi permintaan yang meningkat, terutama di estet atau kawasan baru di estet flat Bina Ikut Tempahan (BTO), yang terdapat lebih ramai keluarga yang mempunyai anak kecil.



Acara pembukaan PCF Sparkletots baru itu dihadiri oleh Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Long, yang merupakan Anggota Parlimen GRC Ang Mo Kio.



Cik Nurhairiah adalah antara ibu bapa yang mendaftarkan anaknya di pusat PCF Sparkletots di Teck Ghee di Blok 277 itu, yang berhampiran tempat tinggalnya.



"Sebagai ibu bapa yang bekerja sepenuh masa, kami bersyukur dengan pembukaan EYC yang berhampiran dengan tempat tinggal kami.



"Ia menawarkan sokongan penjagaan yang kami perlukan untuk anak kami yang berumur dua tahun," kata beliau.



Ia adalah salah satu daripada 44 EYC oleh Yayasan Masyarakat PAP (PCF) dan yang pertama di Teck Ghee.



EYC menyediakan perkhidmatan penjagaan bayi dan kanak-kanak sepenuh hari untuk mereka yang berumur dua bulan hingga empat tahun.



Pusat Teck Ghee terletak bersebelahan Tadika MOE di Ang Mo Kio, sekali gus menyediakan peralihan lancar bagi kanak-kanak apabila mereka melangkah ke tadika satu pada usia lima tahun.



Kemudahan di Teck Ghee itu boleh menempatkan 17 bayi dan 106 kanak-kanak dan mula beroperasi Januari tahun ini.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PCF, Encik Victor Bay, berkata pihaknya menyedari mengenai permintaan yang semakin meningkat bagi EYC.



"Terdapat permintaan yang semakin meningkat bagi prasekolah yang memenuhi keperluan kanak-kanak berumur antara dua bulan hingga empat tahun," ujar beliau.



PCF telah meningkatkan bilangan perkhidmatan bagi jagaan bayi dan kanak-kanak sebanyak lebih 10,000 sepanjang lima tahun lalu.



Ia mempunyai matlamat membuka empat lagi EYC menjelang akhir tahun ini bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.



Penolong CEO PCF, Cik Tan Lee Jee, pula berkata pusat Teck Ghee itu menarik permintaan kukuh, terutama daripada ibu bapa muda yang bekerja.



"Kami akan terus memantau trend untuk memenuhi keperluan ibu bapa dan anak-anak mereka yang berubah bagi memenuhi komitmen kami memastikan setiap kanak-kanak mendapat akses kepada pendidikan prasekolah bermutu," kata beliau.




"Kami akan terus memantau trend untuk memenuhi keperluan ibu bapa dan anak-anak mereka yang berubah bagi memenuhi komitmen kami memastikan setiap kanak-kanak mendapat akses kepada pendidikan prasekolah bermutu."
- Cik Tan Lee Jee, Penolong CEO PCF.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >