Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat Timbangtara kendali lebih banyak kes

Jan 27, 2017 | 12:10 PM



PUSAT Timbangtara Singapura (SMC) mencatatkan sejumlah 499 kes tahun lalu - jumlah tertinggi kes yang difailkan sepanjang sejarah 20 tahunnya.

Bilangan itu adalah 72 peratus berbanding kes yang difailkan pada 2015.

Jumlah kuantum wang yang dipertikaikan juga mencapai rekod tinggi iaitu $775 juta pada 2016, kata SMC dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan Khamis (26 Jan).

Menurut SMC, pertikaiannya berbentuk komersial, dengan pertikaian mengenai pembinaan dan syarikat/pemegang saham merupakan yang paling banyak.

Ditubuhkan pada 1997, SMC merintis penggunaan pengantaraan sebagai mekanisme arus perdana untuk penyelesaian pertikaian, serta latihan dalam rundingan dan pengurusan konflik.

Penggunaan pengantaraan berkembang sejak beberapa tahun dengan kesedaran bertambah tentang manfaatnya.

Pengarah Eksekutif SMC Loong Seng Onn berkata, pusat itu telah memainkan peranan penting dalam mengubah pemikiran masyarakat untuk merangkul pengantaraan bagi menyelesaikan pertikaian secara baik.

"Kami bekerja rapat dengan perniagaan dan badan-badan profesional untuk menggalakkan penggunaan pengantaraan," jelas beliau.

Menurutnya, SMC telah juga melatih banyak peguam, hakim dan pegawai kehakiman untuk melengkapkan mereka dengan kemahiran pengantaraan.

"Fasa seterusnya ialah menjadikan pengantaraan sebagai kerjaya sepenuh masa yang berdaya maju. Kami sedang berusaha mewujudkan panel pakar untuk memenuhi keperluan pengguna," katanya.

Inisiatif kehakiman baru dan rangka kerja perundangan yang diperkenalkan telah memberi rangsangan kepada penggunaan pengantaraan.

Tahun lepas, pindaan pada Arahan Amalan Mahkamah Agung telah menjadikannya perlu bagi peguam menasihati pelanggan mereka tentang cara-cara berbeza menyelesaikan pertikaian, termasuk pengantaraan.

Rang Undang-Undang Timbangtara, yang diluluskan pada Januari juga menyokong pengantaraan komersial.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >