Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat Tindakan Iklim di Bandar dilancar bagi tangani isu kemampanan

Aug 04, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH Pusat Tindakan Iklim di Bandar (CCAC) dilancarkan semalam sebagai sebahagian daripada usaha perancangan mampan bagi menangani cabaran seperti perubahan iklim, daya tahan bandar dan pemeliharaan sumber asli.



Pusat itu dilancarkan oleh sebuah syarikat reka bentuk global, kejuruteraan dan penasihat perniagaan, Arup, dan disokong Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB).



Pelancaran yang berlangsung di The Ritz-Carlton, Millennia semalam dihadiri oleh tetamu terhormat, Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu.



Turut hadir ialah Pengarah Urusan EDB, Cik Jacqueline Poh, yang menyatakan permintaan huraian kemampanan akan terus berkembang sedang bandar-bandar mempercepat rancangan penyahkarbonan.



"CCAC ini akan membantu menangani keperluan ini dengan membina keupayaan Singapura dalam reka bentuk, kejuruteraan dan penasihatan.



"Ia akan membantu syarikat dan pemerintah di seluruh rantau ini membangunkan peta jalan kemampanan lebih menyeluruh," ujar beliau.



Pemimpin Negara Singapura Arup, Encik Tan Yoong Heng, pula berkata CCAC itu akan menyampaikan hasil mampan, saksama dan berdaya tahan di Asia dengan pembangunan persekitaran binaan mampan melalui kerjasama dengan pertubuhan swasta dan pemerintah, bagi menangani cabaran berkaitan perubahan iklim seperti penyahkarbonan, daya tahan bandar dan pantai, bangunan hijau, dan pengubahsuaian atau penggunaan semula aset sedia ada.



"Dekad ini adalah peluang kritikal untuk menyahkarbonkan bandar kita dengan cepat dan mengurangkan kesan perubahan iklim, dan dengan menjadikan Singapura hab bagi rantau ini, CCAC akan menyediakan huraian iklim inovatif untuk bandar dan pertbuhan bagi mencapai matlamat pembangunan bandar mampan," ujar beliau.



Pengerusi Bersama Arup, Cik Kerryn Coker, berkata bagi menangani perubahan iklim dan membangunkan bandar mampan, tiada satu pun pertubuhan, pemerintah dan negara boleh menyelesaikan masalah mencabar yang dihadapi sendirian kerana ia memerlukan kerjasama, komitmen dan inovasi pelbagai pihak merentasi sektor awam dan swasta di seluruh dunia.



CACC itu sejajar dengan Pelan Hijau Singapura 2030 dan pengumuman pemerintah Februari lalu ia akan mempercepat pelan iklimnya dan mencapai sasaran pelepasan sifar bersih menjelang atau sekitar pertengahan abad ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >