PENDUDUK Ang Mo Kio kini boleh mengakses penjagaan pakar di kawasan kejiranan mereka dengan pelancaran pusat yang dikendalikan oleh Hospital Tan Tock Seng (TTSH).
Kemudahan di Ang Mo Kio Avenue 8 akan lebih banyak melibatkan poliklinik dan pengamal am dalam menguruskan kesihatan penduduk, selaras dengan strategi Healthier SG yang diumumkan baru-baru ini yang beralih daripada tertumpu terhadap hospital kepada model penjagaan pencegahan yang lebih mampan.
Pada majlis perasmian pagi tadi, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata Pusat Pakar TTSH Ang Mo Kio membawa rangkaian kemudahan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan pakar langsung ke depan pintu penduduk dan bertujuan untuk menawarkan penjagaan yang berterusan.
TTSH berkata perkhidmatan utama daripada tiga kliniknya - penjagaan diabetes, penjagaan mata pakar dan penjagaan isu berkaitan pendengaran - telah direka bentuk semula untuk menjadikannya lebih mudah diakses, mampan dan sesuai untuk dihantar di pusat Ang Mo Kio.