Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:11
Isyak
8:26

Pusat ujian swab Covid-19 didirikan di White Sands bagi staf, penyewa kedai

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pusat ujian swab Covid-19 didirikan di White Sands bagi staf, penyewa kedai

May 18, 2021 | 05:30 AM

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) telah mendirikan sebuah pusat ujian swab di pusat beli-belah White Sands, untuk menjalankan ujian Covid-19 proaktif bagi semua penyewa kedai dan kakitangan di sana.

Ini selepas satu kelompok jangkitan baru dikenal pasti di pusat beli-belah itu.

Operasi ujian di White Sands berlangsung mulai semalam hingga hari ini.

Ada tiga kes dalam kelompok itu, mengikut satu kenyataan MOH kelmarin, termasuk kes terkini, iaitu seorang ahli keluarga yang tinggal dalam rumah yang sama dengan tukang masak di Wok Hey - yang telah diuji positif bagi Covid-19 - di pusat beli-belah itu.

Kes terbaru itu ialah seorang wanita berusia 26 tahun, yang bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan di Wareesan Management.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3