Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat vaksinasi dibuka hingga 7 malam pada Sabtu

Nov 19, 2022 | 05:30 AM



WAKTU operasi semua pusat ujian dan vaksinasi bersama (JTVC) dan pusat vaksinasi kanak-kanak (CVC) pada Sabtu akan dilanjutkan ke 7 malam mulai minggu ini.



Ini akan memudahkan mereka yang ingin mendapatkan suntikan vaksin. Tempoh lanjutan itu akan berlangsung hingga akhir tahun ini, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan kelmarin.



Dengan ini, semua JTVC dan CVC kini dibuka dari 9 pagi hingga 7 malam pada Sabtu, sama seperti pada hari biasa. Sebelum itu, pusat-pusat tersebut beroperasi hanya hingga 1 tengah hari pada Sabtu. Ia ditutup pada Ahad dan cuti umum.



MOH berkata kira-kira 20,000 orang divaksinasi terhadap Covid-19 setiap hari, dan bilangan yang mengambil vaksin bivalen Moderna/Spikevax dan vaksinasi serta suntikan galakan untuk kanak-kanak menggalakkan.



Pada bulan lalu, waktu menunggu dilaporkan lebih lama di JTVC bagi mendapatkan vaksin bivalen.



Hingga Rabu lalu, lebih 186,000 orang telah menerima dos vaksin bivalen Moderna/Spikevax, atau membuat janji temu untuk menerima dos tersebut.



Seramai 17,000 kanak-kanak, berusia dari enam bulan hingga empat tahun, sama ada telah menerima vaksin Moderna/Spikevax atau mempunyai janji temu untuk mendapat vaksinasi.



Selain itu, 74,000 kanak-kanak antara lima dan 11 tahun telah menerima vaksin Pfizer-BioNTech/suntikan galakan Comirnaty atau mempunyai janji temu.



Ditengah-tengah permintaan lebih tinggi bagi mendapatkan vaksin, MOH menasihatkan mereka yang berusia 50 tahun dan ke atas, yang dibenarkan pergi ke sembarang JTVC untuk mendapatkan vaksinasi tanpa temu janji, supaya mengelakkan pergi pada waktu sibuk pada Jumaat dan Sabtu pagi.



Waktu kurang sesak dari Isnin hingga Khamis sebelum 6.30 petang, dan Sabtu selepas 2 petang, tambah MOH.



Sementara itu, pusat vaksinasi di bekas Sekolah Menengah Hong Kah di Jurong West akan ditukar menjadi JTVC mulai lusa untuk mengoptimumkan operasi vaksinasi, kata MOH.



Ia akan menawarkan kedua-dua vaksin, bivalen Moderna/Spikevax dan vaksin monovalen Pfizer-BioNTech /Comirnaty.



Namun, bilangan keseluruhan pusat JTVC di serata pulau akan kekal 10 sahaja kerana pusat di Bishan, yang menawarkan vaksin Novavax/Nuvaxovid, akan ditutup selepas hari ini.



MOH berkata mereka yang ingin menerima vaksin bivalen Moderna/Spikevax boleh ke JTVC Ang Mo Kio.



Mulai lusa, mereka yang ingin menerima vaksin Novavax/Nuvaxovid boleh membuat janji temu di sembarang daripada 19 rangkaian Klinik Kesediaan Kesihatan Awam (PHPC), Poliklinik Jurong atau Poliklinik Yishun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >