Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat vaksinasi ditambah bagi kanak-kanak 5-11 tahun, pemberian dos penggalak

Dec 15, 2021 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) akan menambah pusat vaksinasi untuk membina keupayaan bagi menyokong langkah pemerintah untuk memberi vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun pada akhir bulan ini di samping meneruskan pemberian dos penggalak kepada mereka yang berusia 18 tahun ke atas.



Pada masa yang sama, kementerian itu masih dalam perbincangan dengan Kementerian Pendidikan (MOE) untuk menetapkan dasar yang melibatkan status vaksinasi kanak-kanak di bawah kumpulan usia tersebut, termasuk sama ada Langkah Pengurusan Selamat Berdasarkan Status Vaksinasi (VDS) perlu dilaksanakan, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung semasa sidang media Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 semalam.



Menjawab pertanyaan pihak media sama ada kanak-kanak yang tidak menerima vaksin perlu mengikut VDS tertentu, Encik Ong berkata:



"Kami sedar ramai yang berminat mahu mengetahui tentang dasar yang akan dilaksanakan. Kami masih dalam perbincangan dengan MOE.



"Untuk itu jangan terburu-buru membuat kesimpulan, apabila rancangan keseluruhan sudah ditetapkan, kami dan MOE akan mengumumkan aturan dan dasar yang akan dilaksanakan."



Sebelum ini, MOH mengumumkan bahawa vaksinasi buat kumpulan usia lima hingga 11 tahun akan dimulakan pada hujung bulan ini dan dijangka bermula sejurus kumpulan vaksin baru diterima.



Memberi respons terhadap keprihatinan yang diutarakan ibu bapa mengenai keselamatan vaksin itu untuk kanak-kanak, Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Dr Janil Puthucheary membentangkan bukti yang menunjukkan risiko reaksi buruk terhadap vaksin itu rendah dan menggesa keluarga memastikan kanak-kanak kecil diberi vaksin itu.



Ujian vaksin Pfizer yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati bahawa kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun mengalami kesan sampingan yang rendah berbanding mereka yang berusia 16 hingga 25 tahun, kata Dr Janil.



Menurutnya, tiada kes reaksi alahan yang ketara atau anaphylaxis, myocarditis atau pericarditis dikesan semasa ujian vaksin yang dijalankan di Amerika terhadap kanak-kanak dalam kumpulan usia itu.



Kajian yang sama menunjukkan bahawa keberkesanan vaksin itu adalah pada kadar 90.7 peratus dalam menghindar dari jangkitan Covid-19 berserta simptom di kalangan kumpulan usia itu.



"Kami tahu ibu bapa prihatin. Mereka ingin yang terbaik untuk anak-anak mereka.



"Mereka ingin melindungi anak-anak dan mewujudkan peluang bagi mereka. Kami inginkan perkara yang sama," katanya.



"Menurut penilaian kami, cara terbaik adalah untuk memberikan mereka vaksin untuk melindungi diri dari Covid-19."



Kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun boleh menerima vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech/Comirnaty bermula dengan murid darjah tiga hingga lima akhir bulan ini.



Kanak-kanak yang lebih kecil boleh divaksin awal 2022.



Lebih 300,000 kanak-kanak dijangka terlibat dalam langkah tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >