Subuh
5:51
Syuruk
7:08
Zuhur
1:12
Asar
4:12
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Pusat vaksinasi kanak-kanak sedang disiapkan jelang vaksinasi

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pusat vaksinasi kanak-kanak sedang disiapkan jelang vaksinasi

Pusat vaksinasi dihiasi pelekat kartun superhero - boleh beri vaksinasi sekitar 1,000 kanak-kanak setiap hari
Dec 18, 2021 | 05:30 AM

PUSAT vaksinasi kanak-kanak sedang ditubuhkan sedang Singapura bersiap sedia untuk melancarkan program vaksinasi kepada kanak-kanak berusia lima tahun hingga 11 tahun bulan ini.

Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata beliau telah mengunjungi satu pusat vaksinasi itu - dihiasi dengan pelekat kartun superhero - yang boleh memberi vaksinasi sekitar 1,000 kanak-kanak setiap hari.

Pusat itu, yang berada di bawah naungan penyedia penjagaan kesihatan Minmed Group, sedang bersiap sedia untuk memulakan tugas bulan ini, kata Encik Ong.

"Banyak usaha yang dilakukan untuk mereka bentuk pusat itu bagi mengasingkan dengan jelas laluan untuk kanak-kanak dan dewasa.

"Bahkan komputer yang digunakan untuk memasukkan rekod kanak-kanak ditanda dengan berbeza, dengan pelekat superhero yang besar," katanya dalam satu pos di Facebook malam kelmarin.

Ibu bapa akan dibenarkan untuk menemani anak mereka di pusat itu, tambahnya.

Kakitangan di pusat itu telah dilatih khas dalam vaksinasi pediatrik, dan akan ada pakar pediatrik yang menyokong setiap pusat vaksinasi.

Kementerian Kesihatan (MOH) berkata minggu lalu lebih 300,000 kanak-kanak berumur lima tahun hingga 11 tahun akan menerima vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty mulai akhir bulan ini.

Ini adalah vaksin Covid-19 pertama yang diluluskan oleh Singapura untuk digunakan untuk kanak-kanak dalam kumpulan usia ini, berikutan saranan jawatankuasa pakar vaksin Covid-19, yang diterima oleh pasukan bertindak berbilang kementerian (MTF) yang menangani pandemik itu.

Dos vaksin Pfizer yang disyorkan untuk kanak-kanak dalam kumpulan umur ini ialah satu pertiga daripada yang digunakan untuk individu berusia 12 tahun ke atas.

Dalam sidang MTF Selasa lalu, Encik Ong berkata lebih banyak pusat vaksinasi sedang dirancang untuk menyokong vaksinasi kanak-kanak.

Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Janil Puthucheary, berkata di sidang akhbar itu bahawa ujian vaksin Pfizer yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati kanak-kanak berusia lima tahun hingga 11 tahun mempunyai kesan sampingan yang kurang berbanding mereka yang berusia antara 16 tahun dan 25 tahun.

Kira-kira 5.5 juta kanak-kanak di AS dalam kumpulan umur ini telah menerima dos pertama mereka, dan 2.6 juta telah menyelesaikan dua dos pada 12 Disember, tanpa sebarang kebimbangan keselamatan, katanya.

Percubaan menunjukkan bahawa tiada kes anafilaksis, atau kemunculan cepat reaksi alahan yang teruk, serta miokarditis (keradangan jantung) atau perikarditis (keradangan di sekitar jantung), dalam kalangan kanak-kanak dalam kumpulan umur ini.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3