Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PENINGKATAN KES VARIASI XBB COVID-19

Pusat vaksinasi kembali sibuk...

Oct 18, 2022 | 05:30 AM



SEDANG kes Covid-19 dijangka meningkat, pusat-pusat vaksinasi di Singapura mula sibuk dengan warga tempatan yang ingin mengambil suntikan penggalak.



Orang ramai, yang kebanyakannya warga emas, dilihat memasuki Pusat Ujian dan Vaksinasi Bersama (JTVC) (Sayap Vaksinasi) di Jurong East semalam (gambar atas).



Walaupun sibuk, keadaan berjalan lancar dan teratur.



Pusat vaksinasi telah mula menawarkan vaksin bivalen Moderna/Spikevax.



Beberapa orang yang sedang beratur berkata mereka ingin mendapatkan vaksin bivalen kerana ia menyasarkan dua varian: virus Covid-19 yang asal dan juga varian Omicron, dan akan memberi perlindungan yang lebih baik.



Bagi yang lain, mereka ingin mendapatkan vaksin itu untuk ketenangan fikiran memandangkan jangkitan Covid-19 disebabkan oleh variasi Omicron XBB kini semakin tersebar.



Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata vaksin bivalen akan menggantikan vaksin mRNA yang digunakan menyusuli saranan Jawatankuasa Pakar Mengenai Vaksinasi Covid-19 (EC19V).



Bagi mereka yang berumur 50 tahun dan ke atas dan telah mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 yang terakhir sekurang-kurangnya lima bulan yang lalu boleh mendapatkan vaksin mereka di mana-mana daripada sembilan JTVC yang menawarkan vaksin baru itu. Mereka tidak perlu membuat janji temu terlebih dahulu.



Selain JTVC Jurong East, orang ramai boleh ke JTVC Commonwealth, Kaki Bukit, Ang Mo Kio, Bukit Merah, Jurong East, Kaki Bukit, Pasir Ris, Sengkang, Woodlands dan Yishun untuk mendapatkan dos vaksin bivalen itu.



Sabtu lalu, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata gelombang terkini jangkitan Covid-19 didorong variasi XBB dan dijangka mencecah sekitar 15,000 kes sehari sekitar pertengahan bulan depan.



Meskipun variasi XBB telah mendorong bilangan kes yang dikesan di sini dan serata dunia, namun tiada seorang pun pesakit Covid-19 yang dirawat dalam Unit Jagaan Rapi (ICU) di sini yang dijangkiti XBB.



Namun, mereka yang belum pernah dijangkiti Covid-19 atau dijangkiti virus itu sebelum gelombang Delta di Singapura tahun lalu lebih berkemungkinan dijangkiti variasi XBB.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >