Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pustaka awam terbesar S'pura buka tirai

Perpustakaan Daerah Punggol inklusif dengan koleksi dan perkhidmatan yang boleh diakses oleh semua
Jan 31, 2023 | 05:30 AM



PERPUSTAKAAN memberi peluang bagi setiap lapisan masyarakat menimba ilmu dan mencapai peningkatan diri, tanpa mengira latar belakang, kedudukan sosial ataupun keadaan fizikal.



Perpustakaan Daerah Punggol yang membuka dua tingkat pertamanya semalam mempunyai ruang khas bagi kanak-kanak yang bertujuan meluaskan pembelajaran dan penemuan mereka tentang dunia dan membangunkan kemahiran abad ke-21.



Antaranya ialah Zon Dunia dan Kita yang memaparkan bahan bacaan dari seluruh dunia.



Selaras dengan Pelan Tindakan Perpustakaan dan Arkib 2025 (LAB25) oleh Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) yang bertujuan menjadikan perpustakaan lebih inklusif kepada semua, kemudahan baru ini menggabungkan pelbagai ciri yang boleh diakses bagi memenuhi keperluan golongan kurang upaya dan kanak-kanak.



Pembukaan itu dihadiri oleh Cik Josephine Teo, Menteri Perhubungan dan Penerangan, yang juga merupakan Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri.



"Perpustakaan Daerah Punggol ialah perpustakaan daerah keempat dan terkini, yang mempunyai lima tingkat.



"Ia juga merupakan perpustakaan awam terbesar di Singapura dan telah direka sebagai perpustakaan inklusif dengan koleksi dan perkhidmatan yang kaya direka khusus dan boleh diakses oleh semua," kata Cik Teo.



Sebagai contoh, papan kekunci berbilang warna dengan kekunci besar juga telah disediakan di perpustakaan tersebut supaya orang yang cacat penglihatan boleh mengguna katalog perpustakaan dengan lebih mudah.



Keahlian Khas yang juga telah dilancarkan semalam menyediakan skop perkhidmatan perpustakaan yang diperluas merentasi semua perpustakaan bagi golongan kurang upaya.



Ini termasuk menggandakan tempoh pinjaman dan pembaruan daripada 21 hari kepada 41 hari, memberi mereka masa yang lebih lama untuk membaca bahan yang dipinjam dan memulangkannya.



Ciri-ciri yang mudah diakses ini dicipta dengan maklum balas daripada masyarakat kurang upaya, termasuk Jawatankuasa Penasihat Orang-orang Kurang Upaya NLB.



Ini termasuk pakar dalam pembangunan kanak-kanak dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) organisasi perkhidmatan sosial tempatan.



"Ciri baru yang mudah diakses pasti menarik perhatian saya, mereka menjadikan perpustakaan tempat yang lebih inklusif untuk anak saya, yang menghidap penyakit Quadriplegic Cerebral Palsy," dedah Cik Siti Fadillah Mohamed Noor, 45 tahun, ibu kepada Encik Muhammad Sayfullah Mohamad Sahrin, 20 tahun, yang merupakan pengguna kerusi roda.



"Kini kami boleh meminjam dan memulangkan buku dengan lebih mudah," tambahnya.



Perpustakaan yang terletak di One Punggol itu bertujuan memupuk sikap toleransi dan mewujudkan persekitaran inklusif antara satu sama lain.




"Ia juga merupakan perpustakaan awam terbesar di Singapura dan telah direka sebagai perpustakaan inklusif dengan koleksi dan perkhidmatan yang kaya direka khusus dan boleh diakses oleh semua."
- Cik Josephine Teo, Menteri Perhubungan dan Penerangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >