Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Putera Charles adakan dialog di Pusat Harmoni

Nov 01, 2017 | 05:30 AM



LAWATAN pewaris takhta Britain, Putera Charles, ke Pusat Harmoni di Masjid An-Nahdhah di Bishan semalam mengukuhkan lagi hubungan semakin mesra antara kededua negara, Singapura dan Britain, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim.



"Kami ingin mengukuhkan lagi hubungan ini. Malah, beberapa pemimpin agama kanan kami termasuk Mufti telah dilatih di Britain, Universiti Birmingham.



"Saya rasa hubungan ini memberi manfaat yang baik bagi kami semua," ujar beliau semasa berucap bagi mengalu-alukan kedatangan Putera Charles dalam majlis dialog tertutup dengan beberapa pemimpin berlainan agama serta beberapa pelajar setempat dan madrasah di Pusat Harmoni semalam.



Dr Yaacob, juga Menteri Perhubungan dan Penerangan, berkata undang-undang hanya satu bahagian bagi memastikan perpaduan agama dan sosial di negara ini.



"Kami mempunyai undang-undang tetapi kami juga ingin menggalak keharmonian menerusi perbincangan dan persefahaman.



"Saya rasa apa yang sangat penting ialah pemimpin agama kita dapat melihat satu peluang yang sangat baik untuk datang bersatu. Ia tidak akan terjadi jika Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) melakukannya sendiri. Mereka datang bersama kerana setiap orang dapat melihat nilai untuk melakukannya," tambah Dr Yaacob.



Turut hadir dalam majlis itu termasuk Ketua Eksekutif Muis, Haji Abdul Razak Maricar, dan Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram.



Semasa dialog tersebut, para pemimpin dan Putera Charles berkongsi pandangan mengenai perlunya mempunyai kepimpinan kukuh bagi mengekalkan keharmonian beragama.



Perbincangan selama sejam itu juga menekankan pentingnya perpaduan antara pelbagai sektor dalam masyarakat bagi mencapai matlamat keharmonian agama.



Seorang peserta, Encik Noor Mohamed Marican, yang juga Penasihat Guaman bagi Pertubuhan Antara Agama (IRO), berkata adalah mudah berbincang dengan Putera Charles kerana beliau sendiri bergiat dalam pelbagai kegiatan antara agama di Britain sejak 30 tahun lalu.



"Beliau dapat menghargai kerja- kerja yang dilakukan kumpulan antara agama di sini bagi menjalin keharmonian kaum dan agama, dan berminat untuk berkongsi pengalamannya.



"Malah, sikap Putera Charles yang mudah mesra dan merendah hati membuat kami semua berasa cukup selesa semasa berdialog dengannya," ujar Encik Noor.



Awal daripada itu, Putera Charles telah dibawa mengunjungi pelbagai pameran khazanah dan sejarah yang terdapat di Pusat Harmoni.




"Kami ingin mengukuhkan lagi hubungan ini. Malah, beberapa pemimpin agama kanan kami termasuk Mufti telah dilatih di Britain, Universiti Birmingham.

Saya rasa hubungan ini memberi manfaat yang baik bagi kami semua."

- Dr Yaacob Ibrahim mengenai hubungan mesra antara Singapura dengan Britain.



Laporan lain: Presiden Halimah sambut ketibaan Putera Charles




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >