Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Putera Harry sertai buka puasa di Jamiyah

Jun 05, 2017 | 05:30 AM



BUKAN selalu dapat berbuka dengan putera raja.



Putera Harry, putera ketiga dalam senarai pewaris mahkota Britain, menyertai 80 kanak-kanak dan belia dari Jamiyah Singapura semasa waktu berbuka puasa semalam.



Kunjungan beliau ke Jamiyah Singapura merupakan sebahagian daripada lawatannya ke Singapura apabila beliau ingin mengalami sendiri budaya Melayu Singapura.



Selepas disambut dengan paluan kompang, Putera Harry dibawa jurulatih silat Jamiyah, yang juga merupakan bekas juara dunia Sheik Alau'ddin Yacoob Marican menyaksikan pertunjukan silat.



Pesilat-pesilat muda, yang terdiri daripada mereka yang baru belajar sehingga yang sudah mencapai tahap pakar, menunjukkan pelbagai teknik serta pergerakan seni silat yang menggunakan kipas tangan.



Setelah terbenam matahari, Putera Harry menyertai belia yang berbuka puasa dan menanyakan mereka mengenai sambutan bulan Ramadan dan Hari Raya.



Presiden Jamiyah Singapura, Dr Mohd Hasbi Abu Bakar, berkata:



"Ramadan merupakan masa renungan dan masa yang seharusnya diluangkan dengan keluarga dan rakan dan pada masa yang sama memberi sokongan kepada yang kurang bernasib baik.



"Kami amat berbesar hati Putera Harry dapat menyertai kami semasa sesi berbuka puasa ini dan untuk bertemu dengan belia yang merupakan sebahagian daripada masyarakat Jamiyah Singapura."



Putera Harry diiringi Dr Mohd Hasbi dan Naib Presiden Jamiyah Singapura, Dr H M Saleem, semasa kunjungannya itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >