Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Putera Mahkota Brunei kini berada di S'pura bagi lawatan rasmi dari 28 Oktober hingga 4 November

Oct 28, 2018 | 08:00 PM



 



 



Putera Mahkota Brunei, Putera Haji Al-Muhtadee Billah kini berada di Singapura bagi mengadakan lawatan rasmi dari 28 Oktober hingga 4 November.



Putera Haji Al-Muhtadee, yang juga Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri (PMO) Brunei,  mengetuai rombongan dari negara itu yang bakal menghadiri Program Pemimpin Muda (YLP) Singapura-Brunei keenam.



Setibanya di lapangan terbang, Putera Haji Al-Muhtadee, yang ditemani isteri dan anak-anaknya, disambut di oleh Menteri di PMO Singapura Encik Ng Chee Meng.



Semasa lawatannya, Presiden Halimah Yacob dan suaminya Encik Mohamed Abdullah Alhabshee akan mengadakan jamuan petang bagi Putera Haji Al-Muhtadee dan keluarganya. Perdana Menteri Lee Hsien Loong pula akan mengadakan jamuan tengah hari bagi Putera Haji Al-Muhtadee dan rombongannya.



 Timbalan Perdana Menteri Encik Teo Chee Hean, yang mengundang Putera Haji Al-Muhtadee ke Singapura, akan mengadakan jamuan bagi beliau dan keluarganya, serta ahli rombongan lain dari Brunei.



 Dilancarkan pada 2013, YLP ialah wadah tahunan utama bagi pemimpin muda di Singapura dan Brunei untuk berinteraksi dan menjalin hubungan.



 Dalam kenyataannya, Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata kunjungan ini menekankan hubungan dua hala amat baik antara Singapura dengan Brunei.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >