PUTERA Haji Al-Muhtadee Billah, Putera Mahkota Brunei yang juga Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri Brunei, kini berada di Singapura untuk lawatan rasmi sehingga 4 November atas undangan Timbalan Perdana Menteri (DPM) Teo Chee Hean.
Putera Haji Al-Muhtadee Billah, yang tiba di Singapura sejak kelmarin mengetuai delegasi ke Singapura bagi Program Pemimpin Muda (YLP) Singapura-Brunei yang keenam.