PUTERA Mahkota Brunei Putera Al-Muhtadee Billah tiba di Singapura dan dijemput Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua (Pendidikan dan Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman.
Dalam pos di Facebook, Dr Maliki menulis:
"Saya dengan besar hati mengalu-alukan Duli Yang Teramat Mulia Putera Mahkota Haji Al-Muhtadee Billah dan keluarganya ke Singapura untuk Program Pemimpin Muda Singapura-Brunei (YLP) ke-8!
"YLP ialah pertukaran tahunan di mana Singapura dan Brunei bergilir-gilir menjadi tuan rumah, sebagai sebahagian daripada usaha kami mengeratkan hubungan antara pemimpin muda kami dari kedua-dua pihak."
Dr Maliki turut melahirkan rasa senangnya bahawa YLP telah disambung semula setelah digantung selama hampir tiga tahun dek pandemik Covid-19.